PENYERAHAN JALUR GEMILANG KMJG 2024 NEGERI KELANTAN KEPADA KONVOI NEGERI KEDAH

KELANTAN, (02.08.2024) | Penyerahan Jalur Gemilang oleh Konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang Negeri Kelantan kepada Konvoi Kembara Merdeka Negeri Kedah.

📍 Banjaran Titiwangsa, Hulu Perak.

  • Penyerahan Jalur Gemilang Kembara Merdeka Jalur Gemilang 2024 kepada konvoi KMJG Negeri Kedah yang berlangsung pada 2 Ogos secara ringkas di Banjaran Titiwangsa, menandakan berakhirnya pusingan konvoi 2024 bagi kontinjen Negeri Kelantan.
  • Acara simbolik ini telah disempurnakan oleh Penolong Pengarah Cawangan Perkhidmatan Komunikasi dan Pembangunan Masyarakat (PKPM) En Hasim Mohamed mewakili Pengarah Penerangan Negeri Kelantan kepada En Nasarudin Haji Mahmud, Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia Negeri Kedah.
  • Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) 2024  bertujuan menyemarakkan sambutan dan menzahirkan semangat patriotisme menjelang Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2024.
  • Konvoi KMJG tersebut menjelajah keseluruh 10 negeri Semenanjung bermula dari Cyberjaya dan akan berakhir di Putrajaya pada 31 Ogos depan.

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …