PAHANG KOMITED MAJUKAN SUMBER TENAGA BERSIH BINA KELESTARIAN ALAM SEKITAR

KUANTAN, 01 OGOS 2024 : Kerajaan Pahang komited membangunkan sumber tenaga bersih serta tenaga boleh diperbaharui bagi menggantikan sumber tenaga fosil seperti minyak, gas dan arang batu bagi memastikan kelestarian alam sekitar dapat dipertingkatkan.

Exco Pelaburan, Perindustrian, Sains, Teknologi dan Inovasi Negeri Pahang, YB. Dato’ Mohamad Nizar Dato’ Sri Mohamad Najib berkata, bagi menjayakan hasrat itu, Kerajaan Negeri menyokong usaha yang dilakukan oleh pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) dalam merealisasikan pelaksanaan sistem solar terapung dan meter pintar dengan projek rintis di Pulau Tioman.

“Saya yakin Pahang boleh memainkan peranan yang besar dalam proses peralihan ini, kita pun telah bangunkan ladang-ladang solar lokasi tertentu dan juga ingin melihat kepada pembangunan tenaga angin, kincir angin yang mungkin boleh dibangunkan di lokasi-lokasi yang mana kekencangan tiupan angin itu boleh menjana elektrik ditahap yang memuaskan seperti di daerah Lipis, Pekan dan Rompin yang kini sedang dalam kajian.

“Tenaga hidro juga boleh memainkan peranan dalam usaha kita untuk mempertingkatkan jumlah tenaga yang boleh diperbaharui untuk menyokong agenda NetZero 2030 oleh kerajaan, InsyaaAllah,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Program Townhall Smart Strategic Business Partnership – Peranan TNB Menyokong Pembangunan Negeri Pahang di Hotel AC Marriot, Kuantan, hari ini.

Hadir sama ialah Pengurus Besar Negeri Pahang TNB, YBrs Ir. Affendi Abd Rahman, Pegawai Pelaburan Negeri Pahang, YH. Dato’ Kamarul ‘Arifin Ahmad @ Abd Rahman, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang (PKNP), YH. Dato’ Mohd Faizal Jaafar, Pegawai Daerah Maran, YH. Dato’ Khairun Nissa Aris, Ketua-Ketua Jabatan dan pegawai kakitangan TNB.

Townhall tersebut telah dihadiri seramai 50 peserta terdiri daripada pihak berkuasa tempatan (PBT), Pasukan Bomba dan Penyelamat Pahang, Polis Diraja Malaysia (PDRM), jabatan dan agensi kerajaan.

Program itu diadakan bagi membincangkan peranan dan halatuju TNB bersama pihak kerajaan dalam membangunkan Negeri Pahang dengan lestari dan berinovasi.

SUMBER: PAHANGMEDIA

Artikel/Berita Terkini

PEMBUKAAN PUSAT MEDIA SEMPENA PRU DEWAN UNDANGAN NEGERI MELAKA KE-16

𝐏𝐄𝐌𝐁𝐔𝐊𝐀𝐀𝐍 𝐏𝐔𝐒𝐀𝐓 𝐌𝐄𝐃𝐈𝐀 𝐒𝐄𝐌𝐏𝐄𝐍𝐀 𝐏𝐑𝐔 𝐃𝐄𝐖𝐀𝐍 𝐔𝐍𝐃𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐌𝐄𝐋𝐀𝐊𝐀 𝐊𝐄-𝟏𝟔Pusat Media Pilihan Raya Umum (PRU) Dewan Undangan Negeri, Negeri Melaka …

AADK NEGERI MELAKA LAKSANA KEMPEN KESEDARAN AWAM

AADK NEGERI MELAKA LAKSANA KEMPEN KESEDARAN AWAM SEMPENA HARI BERTEMU PELANGGAN JABATAN PENDAFTARAN NEGARA NEGERI MELAKA Melaka – Agensi Antidadah …

PERKUKUH SINERGI INSTITUSI, MANTAPKAN KESELAMATAN NEGERI : KETUA POLIS MELAKA

 Melaka – Ketua Polis Melaka, YDH DCP Datuk Wira Dzulkhairi bin Mukhtar, telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Tuan Yang …