SINDIKET PENGELUARAN PAS LAWATAN IMM13, SPRM TAHAN PEGAWAI AGENSI PENGUAT KUASA

KOTA KINABALU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah hari ini menahan reman dua pegawai agensi penguat kuasa kerana disyaki terbabit dalam pengeluaran pas lawatan IMM13 di daerah ini.

Perintah reman selama enam hari sehingga 6 Ogos 2024 dikeluarkan oleh Majistret Nur Faezah Jafry terhadap suspek pertama yang berusia 50-an selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Sandakan pagi tadi.

Manakala Majistret Don Stiwin Malanjum mengeluarkan perintah reman selama tujuh hari sehingga 7 Ogos 2024 kepada suspek kedua yang berusia 30-an selepas permohonan di buat SPRM di Mahkamah Sesyen Tawau.

Menurut sumber, terdahulu kedua-dua suspek lelaki ditahan sekitar jam 5.30 petang hingga 7 malam semalam ketika hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Sandakan dan Tawau.

“Tangkapan terbaharu ini adalah susulan daripada tangkapan dua beranak berkaitan kes yang sama pada Jumaat lalu.

“Siasatan awal mendapati kedua-dua suspek yang direman hari ini dipercayai melakukan perbuatan berkenaan sejak tahun 2022 dan ia membabitkan nilai rasuah kira-kira RM20,000.

“Kedua-dua suspek juga dipercayai melakukan perbuatan berkenaan bersama orang tengah dalam menguruskan lanjutan permohonan pas lawatan IMM13 kepada pelarian Filipina yang datang berlindung di Sabah akibat pergolakan sekitar awal 1970-an,” katanya.

Sementara itu, Pengarah SPRM Sabah, Datuk S Karunanithy ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut dan berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009 dan kejayaan ini adalah hasil risikan SPRM Sabah.

Terdahulu, pada Jumaat lalu, SPRM menahan reman dua beranak iaitu ibu dan anak perempuan kerana disyaki terbabit dalam pengeluaran pas lawatan IMM13 membabitkan wang rasuah berjumlah kira-kira RM20,000.

 

#MalaysiaMadani
#KeselematanNegaraTanggungjawabBersama
#MknSabah
#BKN2024

 

Sumber: INFO X

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …