CABARAN MENAWAN BUKIT BATU PUTIH SEMPENA BULAN KESELAMATAN NEGARA 2024

Besempena Bulan Keselamatan Negara 2024, Majlis Keselamatan Negara, Negeri Sembilan dengan kerjasama Jabatan Belia dan Sukan daerah Port Dickson telah menganjurkan Program Cabaran  Menawan Bukit Batu Putih pada 31 Julai 2024.

Menyasarkan golongan belia di daerah Port Dickson, program ini diadakan bertujuan untuk memastikan golongan belia ini sentiasa didampingi dan didedahkan dengan program-program bermanfaat bagi memastikan mereka tidak terjebak dengan aktiviti-aktiviti yang tidak bermanfaat serta merugikan mereka di masa hadapan.

Selain itu, program ini juga dilihat dapat meningkatkan jaringan kerjasama dengan golongan belia yang berpotensi menjadi mata dan telinga untuk mendapatkan maklumat-maklumat berkaitan keselamatan negara.

Menerusi program ini juga dapat mencegah belia daripada dieksploitasi oleh individu, kumpulan atau sindiket untuk terjebak dalam sebarang aktiviti jenayah yang sentiasa mencari golongan- golongan berpontensi di lapangan untuk menjadi sebahagian daripada mereka.

Golongan belia merupakan golongan pelapis yang akan menjadi pemimpin negara pada masa hadapan. Bagi memastikan generasi belia bersedia untuk mengambil alih pimpinan pada masa hadapan, mereka perlu didedahkan dengan pengetahuan berkaitan keselamatan negara yang menjadi salah satu perkara utama yang perlu dikuasai untuk menjadi seorang pemimpin negara.

Artikel/Berita Terkini

BINA BENTENG ATASI BANJIR BERULANG DI KAMPUNG BELIMBING DALAM

Durian Tunggal – Masalah banjir kerap melanda Kampung Belimbing Dalam mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Durian Tunggal, Datuk …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut