TIADA BEG PLASTIK DISEDIAKAN SETIAP HARI KEPADA PENGGUNA MULAI ESOK

KOTA KINABALU: Pengguna di bandar raya ini tidak lagi dibekalkan dengan beg plastik ketika membeli-belah di pasar raya atau mana-mana premis yang mengambil bahagian dalam kempen ‘Hari-Hari Bawa Beg Bah’, bermula esok (1 Ogos).

Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK), menerusi satu kenyataan hari, memaklumkan kempen yang dilaksanakan setiap hari itu membabitkan semua premis pasar raya, hypermarket, kedai serbaneka, kedai rangkaian, farmasi, kedai runcit, kedai serbaneka stesen minyak, bakeri dan kedai pakaian.

Katanya, mulai esok pihak premis tidak akan menyediakan beg plastik termasuk secara berbayar kepada pelanggan pada setiap hari, berbanding pada setiap Sabtu, Ahad dan Isnin dalam kempen sebelum ini.

“Ia adalah satu usaha DBKK Dewan untuk memelihara alam semula jadi bandar raya, mengurangkan pencemaran yang berpunca daripada beg plastik sekali guna sekali gus melahirkan satu bandar raya yang boleh diwarisi oleh generasi akan datang,” kata kenyataan itu.

Kenyataan itu juga menyebut, DBKK seterusnya mensasarkan semua jenis premis perniagaan turut sama memberi sokongan dan menyertai kempen itu selepas ini.

Pasar raya di sekitar Kota Kinabalu tidak lagi menyediakan beg plastik kepada pelanggan pada setiap hari mulai esok (1 Ogos).

Katanya, ia termasuk restoran makanan segera, kedai perkakasan (hardware), kedai aksesori kecantikan, kedai sukan dan lain-lain premis perniagaan.

Selain itu, katanya kempen ‘Hari-Hari Bawa Beg Bah’ turut diperluaskan ke sebahagian pasar di bawah bidang kuasa DBKK iaitu Pasar Pekan Manggatal, Pasar Pekan Inanam dan Pasar Pekan Telipok yang membabitkan seramai 373 penjaja.

“Kempen ini disasar dilaksanakan sepenuhnya di semua pasar yang lain menjelang Oktober 2024. Bagaimanapun, pengecualian diberikan kepada penjaja pasar yang menjalankan perniagaan bahan mentah seperti ikan, daging dan makanan laut.

“Seluruh warga bandar raya Kota Kinabalu dan pengunjung dari luar daerah perlu menyediakan dan membawa beg guna semula atau beg mesra alam sendiri ketika membeli-belah atau membeli beg boleh digunakan semula yang disediakan pasar raya utama,” katanya.

 

#MalaysiaMadani
#KeselematanNegaraTanggungjawabBersama
#MknSabah
#BKN2024

 

Sumber: INFO X

Artikel/Berita Terkini

BINA BENTENG ATASI BANJIR BERULANG DI KAMPUNG BELIMBING DALAM

Durian Tunggal – Masalah banjir kerap melanda Kampung Belimbing Dalam mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Durian Tunggal, Datuk …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut