SISIPAN SEJARAH : PERISYTIHARAN TAMAT DARURAT

Pada 31 Julai dalam tahun 1960, DYMM Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong telah mengisytiharkan tamatnya darurat di Tanah Melayu. Perintah darurat telah dikuatkuasakan sejak tahun 1948 dalam usaha kerajaan membendung kegiatan pengganas komunis. Sepanjang tempoh itu, kebebasan rakyat dicengkam oleh rasa bimbang, takut menjadi mangsa ugutan dan kekejaman pengganas komunis. Disamping itu, pergerakan rakyat juga menjadi terbatas kerana terpaksa mematuhi langkah-langkah keselamatan yang diatur oleh pihak berkuasa. Perisytiharan tamat darurat itu dianggap sebagai “hari kemenangan” bagi seluruh rakyat di Tanah Melayu. Tamatnya darurat pada hari ini, memberi makna yang besar bagi seluruh penduduk Persekutuan Tanah Melayu untuk menempuh satu era baru dalam membentuk sebuah negara yang berdaulat dan merdeka.

Sumber: Arkib Negara Malaysia

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …