MENTERI BESAR PAHANG DIKURNIA GELARAN DATO’ SRI DIRAJA

KUANTAN, 30 JULAI 2024 : Menteri Besar Pahang, YAB Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail dikurniakan Darjah Kebesaran Sultan Ahmad Shah Pahang Yang Amat Di Mulia Peringkat Utama Sri Diraja Sultan Ahmad Shah Pahang (SDSA) yang membawa gelaran Dato’ Sri Diraja sempena Memuliakan Ulang Tahun Hari Keputeraan Yang Ke-65 Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah.

Istiadat Pengurniaan Darjah-Darjah Kebesaran Negeri Pahang itu berlangsung di Balai Mahkota Istana Abdulaziz di sini hari ini.

Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj mendahului senarai 24 penerima darjah kebesaran pada istiadat berkenaan.

Kebawah Duli Paduka Baginda dikurniakan darjah Darjah Kebesaran Al-Sultan Abdullah Pahang Yang Amat Mulia – Peringkat Pertama Sri Setia Al-Sultan Abdullah Ahmad Shah (SAAS) bersama lagi lapan lagi penerima.

Turut dikurniakan darjah kebesaran SAAS ialah Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah

Tujuh lagi penerima darjah kebesaran SAAS yang membawa gelaran Dato’ Sri Setia ialah Yang Amat Mulia Tengku Arif Bendahara, Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah; Yang Amat Mulia Tengku Puteri Raja, Tengku Puteri Iman Afzan; Yang Amat Mulia Tengku Arif Temenggung, Tengku Fahad Mua’adzam Shah ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah.

Turut tersenarai ialah Yang Amat Mulia Tengku Puteri Seri Teja, Datuk Seri Tengku Muhaini Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah; Yang Amat Mulia Tengku Puteri Seri Kemala, Tengku Datuk Seri Hajah Aishah; Yang Amat Mulia Tengku Puteri Seri Lela Manja, Tengku Datuk Seri Nong Fatimah dan Yang Amat Mulia Tengku Puteri Seri Bongsu, Tengku Datuk Sri Shahariah.

Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang juga berkenan mengurniakan Darjah Kerabat Sri Indera Mahkota Pahang, kepada paduka adinda Raja Jordan, Putera Ali Al Hussein.

Paduka Baginda turut berkenan mengurniakan Darjah Kebesaran Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) yang membawa gelaran Dato’ Sri kepada Penasihat Undang-Undang Pahang, Yang Berhormat Dato’ Saiful Edris Zainuddin; Ketua Pengarah Unit Kerjasama Awam Swasta Jabatan Perdana Menteri, Yang Hormat Dato’ Shamsul Azri Abu Bakar dan Timbalan Panglima Tentera Udara, Leftenan Jeneral Dato’ Haji Muhamad Norazlan Aris.

Turut menerima darjah kebesaran dan gelaran sama ialah, Pengerusi Felcra Berhad, Datuk Haji Ahmad Jazlan Yaakub; Ketua Jabatan Pembedahan Kardiotorasik dan Vaskular Institut Jantung Negara, Profesor Dato’ Dr Alwi Mohamed Yunus; Perunding Kanan Pakar Pembedahan Kardiotorasik dan Vaskular Institut Jantung Negara, Profesor Dato’ Dr Mohamed Ezani Md Taib serta Perunding Ancom Nylex Berhad, Dato’ Ahmad Johari Tun Abdul Razak.

Dua individu menerima darjah kebesaran Seri Indera Mahkota Pahang (SIMP) yang membawa gelaran Dato’ Indera ialah Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Singapura, Dato’ Dr Azfar Mohamad Mustafar dan Secretary General Higher Committee of Human Fratenity, United Arab Emirates (UAE), Datuk Dr. Khalid Ghanim AlGaith.

Dalam pada itu, Exco Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan Pahang, YB. Ir Razali Kassim bersama Duta Besar Malaysia Ke Itali, TYT Zahid Rastam dan Pengarah Asian Perlite Industries Sdn Bhd, Lukman Runia Albert dikurniakan darjah kebesaran Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Dato’.

Mengakhiri senarai penerima ialah Juruiring kepada Putera Ali Al Hussein, Brigred General (Rtd) Farid Moh’d Ali Hajamat Qat yang dikurniakan darjah kebesaran Setia Al-Sultan Abdullah Pahang (SAS).

SUMBER: PAHANGMEDIA

Artikel/Berita Terkini

600 ANJING TERBIAR DITANGKAP SETAKAT MEI – MBS

Sebanyak 600 ekor anjing terbiar telah berjaya ditangkap oleh kontraktor yang dilantik Majlis Bandaraya Seremban (MBS) dalam tempoh lima bulan …
Maklumat Lanjut

PROGRAM SEKOLAH ANGKAT MADANI

 Inisiatif ini menghimpunkan tenaga Kerajaan MADANI, Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan, Syarikat Berkaitan Kerajaan dan sektor swasta.  Setiap organisasi yang mengambil …
Maklumat Lanjut

BELI RUMAH MAMPU MILIK BANTU ASNAF DI BAWAH RUMAH MAWADDAH

Kerajaan negeri melalui Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) merancang pembelian rumah mampu milik untuk bantuan perumahan asnaf di bawah …
Maklumat Lanjut