PANDUAN MAKANAN SELAMAT

Penyediaan makanan yang selamat merupakan satu perkara yang amat penting untuk mengelakkan penyakit bawaan makanan terutamanya keracunan makanan. Keracunan makanan berlaku disebabkan oleh beberapa faktor penting yang perlu diberi perhatian.

Keracunan makanan berpunca daripada kuman yang mencemari makanan melalui:

  • Najis
  • Tanah
  • Air
  • makhluk perosak seperti tikus, lalat dan lipas
  • haiwan ternakan, dan
  • manusia, terutamanya melalui tangan.

Kuman boleh tersebar dan membiak dengan cepat apabila makanan dicemari. Untuk membiak, kuman memerlukan:

  • makanan
  • air
  • masa
  • suhu yang sesuai.

Tangan merupakan sumber yang utama dalam menyumbang kepada pencemaran dan penyebaran kuman kepada makanan. Oleh itu, keracunan makanan boleh dielakkan dengan mengamalkan 5 panduan makanan selamat bagi menjamin kesihatan kita.

  1. Jaga Kebersihan

Amalkan perkara berikut:

  • Basuh tangan sebelum dan selepas menyediakan makanan.
  • Basuh tangan selepas keluar dari tandas.
  • Cuci peralatan yang digunakan untuk menyediakan makanan dengan bersih.
  • Lindungi kawasan dapur dan makanan daripada dicemari oleh serangga, tikus dan lain-lain.

  1. Asingkan Makanan Mentah Daripada Makanan Yang Sudah Dimasak

Amalkan perkara berikut:

  • Asingkan makanan mentah seperti ayam, daging dan makanan laut daripada makanan yang telah dimasak atau makanan yang dimakan terus seperti ulam dan buah-buahan yang telah dipotong.
  • Guna perkakas dapur yang berasingan seperti pisau dan papan pemotong untuk menyediakan makanan yang mentah.
  • Simpan makanan dalam bekas bertutup untuk mengelakkan makanan mentah bersentuhan dengan makanan yang telah dimasak.

Makanan mentah seperti daging, hasil ayam dan makanan laut serta air lelehannya mengandungi kuman berbahaya yang boleh mencemarkan makanan lain semasa penyediaan dan penyimpanan makanan.

  1. Masak Dengan Cara Yang Betul

Amalkan perkara berikut:

  • Masak makanan dengan sempurnasepenuhnya terutama daging, ayam, telur dan makanan laut.
  • Masak makanan berkuah dan sup sehingga mendidih. Bagi daging dan ayam, pastikan air rebusannya kelihatan jernihdan bukan berwarna merah jambu.
  • Masak makanan yang hendak dipanaskan semula dengan sempurna.
  • Masak makanan seperti burger, daging kisar, ayam panggang dan bahagian tertentu daging sepenuhnya sebelum dimakan.
  • Memasak makanan dengan sempurna dapat membunuh semua bakteria berbahaya.
  1. Simpan Makanan Pada Suhu Yang Selamat

Amalkan perkara berikut:

  • Simpan makanan yang telah dimasak dan cepat rosak di dalam peti sejuk (pada suhu di bawah 5°C).
  • Kekalkan suhu makanan yang telah dimasak lebih daripada 60°Csebelum dihidangkan.
  • Tidak membiarkan makanan lebih daripada 2 jam pada suhu bilik.
  • Tidak menyimpan makanan yang telah dimasak atau lebihan makanan dalam peti sejuk melebihi 3 hari.
  • Tidak menyimpan makanan sejukbeku dicairkan pada suhu bilik.
  • Pada suhu bilik, kuman boleh membiak dengan cepat. Pertumbuhan kuman akan berkurangan atau terhenti pada suhu di bawah 5°C atau atas 60°C.
  • Namun begitu, terdapat beberapa jenis bakteriayang masih boleh hidup di bawah suhu 5°C.
  1. Gunakan Air dan Bahan Mentah yang Selamat

Amalkan perkara berikut:

  • Guna airyang bersih atau yang telah dirawat.
  • Pilih bahan makanan mentah yang segar dan selamat dimakan.
  • Basuh sayur-sayuran terlebih dahulu, terutamanya jika dimakan mentah.
  • Basuh dan kupas kulit buah-buahan bagi mengurangkan pencemaran makanan.
  • Elakkan makanan yang telah tamat tarikh luputnya.
  • Bahan mentah termasuk air dan ais boleh tercemar oleh kuman dan bahan-bahan kimia berbahaya.
  • Bahan toksik boleh terhasil pada makanan yang berkulat dan rosak.

Sumber: MyHEALTH KKM

 

 

 

 

Artikel/Berita Terkini

ISU PADI DAN BERAS NEGARA: DI MANA PENGHUJUNGNYA?

Pengenalan Padi atau nama saintifiknya oryza sativa merupakan tanaman utama dalam sektor pertanian Malaysia dan sumber asas kepada penghasilan beras, …
Maklumat Lanjut

‘𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈: 𝐑𝐚𝐤𝐲𝐚𝐭 𝐃𝐢𝐬𝐚𝐧𝐭𝐮𝐧𝐢’ TEMA SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA (HKHM) 2025

‘𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈: 𝐑𝐚𝐤𝐲𝐚𝐭 𝐃𝐢𝐬𝐚𝐧𝐭𝐮𝐧𝐢’ merupakan tema Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2025 yang menggambarkan keutamaan kerajaan dalam memastikan …
Maklumat Lanjut

AKSI INTIM DI MEDIA SOSIAL: MENGAUT UNTUNG ATAU MEMPERJUDIKAN MARUAH BANGSA?

“Apabila nafsu dijadikan komoditi, dan privasi dijual beli seperti barang pasar, maka nilai sebuah maruah tidak lagi bermakna.” Fenomena merakam …
Maklumat Lanjut