#SANTAISELASA: LOMPAT TIKAM DARI MAJAPAHIT?

MITOS sejarah kuih lompat tikam seperti yang diceritakan oleh Rokiah Md Ali atau mesra disapa Kak Kiah memang menarik untuk didengar oleh halwa telinga.

Cerita Kak Kiah, kisah kuih tersebut kononnya bermula pada zaman Kerajaan Majapahit yang ketika itu mahu mempersembahkan hadiah kepada kerajaan negeri Kelantan.

“Beberapa orang dayang telah diperintahkan untuk membawa dulang yang penuh diisi dengan sejenis kuih dengan penuh hati-hati. Malangnya, salah seorang daripada dayang yang membawa kuih tadi tersadung kerana tersepak bendul yang ada di istana.

“Oleh kerana terkejut, sultan secara tidak sengaja telah tertikam dayang yang terjatuh bersama kuih dibawanya tadi. Sebagai tanda mengingati peristiwa itu, dengan rasminya kuih ini diberi nama lompat tikam,” katanya yang memberitahu kisah klasik itu telah diceritakan oleh neneknya dahulu.

Pun demikian, seperti yang diperkatakan tadi dan diakui sendiri oleh Kak Kiah, semua pengkisahan itu hanyalah satu cerita dongeng.

Kuih lompat tikam ini sebenarnya sejenis kuih tradisional yang sangat popular di pantai timur terutamanya di Kelantan, Pahang dan Terengganu.

Kuih lompat tikam lazimnya dijadikan sebagai menu minum petang dan dipadankan dengan secangkir kopi.

Resipi lompat tikam ada disini. Cubalah!

 

Sumber: SinarPlus

Artikel/Berita Terkini

MKN SELANGOR PERKASA KESEDARAN KESELAMATAN NEGARA MELALUI PROGRAM BICARA EKSEKUTIF GURU MUDA MADANI 2026

SUNGAI BULOH, 5 NOVEMBER 2026 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Selangor, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama strategik Jabatan Pendidikan …

PENGHANTARAN PULANG DAN PENEMPATAN SEMULA KEKAL SEBAGAI KEUTAMAAN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Kementerian Luar Negeri terus mengusahakan kerjasama dengan negara asal dan negara ketiga bagi penyelesaian jangka …

DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP)

TUJUAN DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP) Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bertujuan membantu Kerajaan mengurus pelarian di Malaysia secara lebih tersusun, selamat …