KERAJAAN MALAYSIA AKAN TERUS PERTAHAN KEDAULATAN SABAH – WISMA PUTRA

KOTA KINABALU: Kerajaan Malaysia mengulangi pendiriannya yang tidak pernah berganjak berhubung kedaulatan Sabah sebagai sebahagian daripada wilayah negara ini.

Perkara itu ditegaskan Kementerian Luar menerusi satu kenyataan hari ini berikutan penularan satu video di media sosial yang memaparkan kandungan tidak berasas dan mengelirukan yang mempertikai kedaulatan Sabah sebagai sebahagian daripada Malaysia.

“Kementerian Luar mengambil maklum mengenai penularan satu video di media sosial yang mengandungi konten tidak berasas dan mengelirukan yang mempertikaikan kedaulatan negeri Sabah sebagai sebahagian penting daripada Malaysia.

“Kementerian ini sedang menjalankan siasatan secara mendalam dengan kerjasama kementerian serta agensi yang berkenaan berhubung perkara ini.

“Dalam hal ini, kementerian ini ingin menegaskan pendirian Kerajaan Malaysia adalah seperti berikut: Pertama, Sabah sentiasa merupakan sebahagian penting daripada Malaysia;

“Kedua, Malaysia tidak pernah dan tidak akan mengiktiraf mana-mana tuntutan ke atas Sabah. Ketiga, Sabah telah diiktiraf oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu

(PBB) dan masyarakat antarabangsa sebagai sebahagian daripada Malaysia sejak pembentukan Persekutuan Malaysia pada 16 September 1963.

“Dan keempat, rakyat Sabah telah melaksanakan hak penentuan nasib sendiri (self-determination) berhubung pembentukan Malaysia menerusi Suruhanjaya Cobbold pada tahun 1962,” tegas kenyataan Wisma Putra berhubung isu kedaulatan Sabah.

Kenyataan itu menegaskan bahawa Kerajaan Malaysia akan terus mempertahankan kedaulatan Sabah sebagai sebahagian penting daripada Malaysia dan memastikan agar kedaulatan, keutuhan wilayah serta kepentingan negara sentiasa dilindungi pada setiap masa.

 

#MalaysiaMadani
#KeselematanNegaraTanggungjawabBersama
#MknSabah
#BKN2024

 

 

Sumber: INFO X

 

Artikel/Berita Terkini

MALAYSIA MADANI: RAKYAT DISANTUNI

 “Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni” bukan sekadar tema — ia lambang komitmen kerajaan dalam membina negara yang berteraskan nilai kemanusiaan, keadilan …
Maklumat Lanjut

NEGERI SEMBILAN SUDAH BERSEDIA HADAPI KEMARAU

Kerajaan Negeri Sembilan sudah bersedia menghadapi sebarang kemungkinan cuaca panas dan kering yang dijangka melanda berterusan hingga hujung bulan depan …
Maklumat Lanjut

ISU PADI DAN BERAS NEGARA: DI MANA PENGHUJUNGNYA?

Pengenalan Padi atau nama saintifiknya oryza sativa merupakan tanaman utama dalam sektor pertanian Malaysia dan sumber asas kepada penghasilan beras, …
Maklumat Lanjut