POLIS TRAFIK PARAH DIREMPUH REMAJA LAWAN ARUS

Seorang anggota polis trafik dan remaja lelaki parah selepas kedua-dua motosikal ditunggang dipercayai bertembung di Kilometer (KM) 36 (S), Lebuhraya Kajang-Seremban (Lekas), di sini, awal pagi Ahad. Menurut Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohamad Hatta Che Din, dalam kejadian kira-kira jam 2 pagi itu, anggota Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah (BSPTD) berkenaan sedang bertugas dalam Ops Samseng Jalanan bersama beberapa anggota lain.

Siasatan awal mendapati kemalangan membabitkan anggota polis lelaki berumur 36 tahun dan seorang remaja lelaki berumur 17 tahun. Remaja terbabit telah bertindak menunggang motosikal secara melawan arus dan menyebabkan motosikalnya merempuh bahagian hadapan motosikal yang ditunggang anggota berkenaan.

Kedua-dua mangsa mengalami kecederaan parah dibahagian kaki dan kepala telah dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) untuk menerima rawatan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat supaya berhubung dengan Pegawai Penyiasat, Inspektor Fadzilah di talian 016-2895801 atau Ibu Pejabat Daerah (IPD) Seremban di talian 06-6033222. Kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan, Seksyen 307 Kanun Keseksaan dan Seksyen 31 Akta Kanak-kanak 2001 disebabkan penunggang di bawah umur.

Ibu bapa dinasihatkan supaya lebih prihatin berkaitan aktiviti anak mereka terutama pada lewat malam yang berkemungkinan terpengaruh dengan gejala tidak sihat seperti lumba haram.

Sumber: Sinar Harian

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …