PROGRAM PENGURUSAN KESELAMATAN BERASASKAN KOMUNITI (CBSM) BERSAMA MAHASISWA INSTITUT PENDIDIKAN GURU (IPG) KAMPUS TAWAU

27 Julai 2024: Seramai 150 mahasiswa telah menyertai Program CBSM yang dianjurkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Sabah melalui Pejabat Wilayah Tawau bertempat di Dewan Datuk Amir Bek, IPG Kampus Tawau.

Pelaksanaan program bersempena Bulan Keselamatan Negara ini memperkenal dan mempromosikan konsep Pengurusan Keselamatan Berasaskan Komuniti (CBSM) sebagai salah satu elemen penting dalam Dasar Keselamatan Negara (DKN) 2021-2025 kepada golongan sasar melalui kaedah interaktif serta menerapkan pemikiran ‘Minda Keselamatan’ di kalangan bakal pendidik dengan memberikan penekanan terhadap kepentingan ‘Situational Security Awareness’.

Pengisian program yang dirasmikan oleh YBhg. Datuk Noor Alam Khan bin A. Wahid Khan, Pengarah Keselamatan Negeri Sabah ini meliputi sesi:

– ‘Ice Breaking’;

– modul ‘Pulau Impian’ yang menjurus ke arah aspirasi peserta dalam perancangan  mentadbir negara;

– modul ‘Content Creation’ iaitu penghasilan video pendek bertemakan Bulan  Kebangsaan & konsep ‘Keselamatan Negara Tanggungjawab Bersama’   menggunakan gabungan aplikasi ‘Artificial Intelligence’ (AI); dan– modul ‘Kajian Kes Isu Tempatan’ yang memerlukan kupasan pendapat peserta   mengenai peranan guru dalam isu keselamatan semasa termasuk isu peningkatan  kes orang hilang, jenayah buli siber, penderaan domestik, perang ideologi  melampau dan penyebaran berita palsu di laman sosial.

Program yang dijalankan dengan kerjasama strategik pihak Pengurusan IPG Kampus Tawau ini dilihat telah berjaya mencapai objektif yang disasarkan dalam memupuk kefahaman dan kesedaran golongan mahasiswa untuk melibatkan diri dalam pengurusan keselamatan negara.

 

#MalaysiaMadani
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#mknsabah
#BKN2024

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …