PERKESO KELANTAN SASAR 5,551 PENCARUM SKIM KESELAMATAN SOSIAL SURI RUMAH

Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) Kelantan menyasarkan penglibatan 5,551 pencarum dalam Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR) akhir tahun ini.

Kesedaran pencarum yang layak untuk mencarum menerusi skim itu setakat Jun lepas masih rendah.

PERKESO menggesa golongan suri rumah untuk mengambil peluang mencarum dalam skim SKSSR sebagai jaringan perlindungan sekiranya ditimpa sesuatu musibah.

Skim ini terbahagi kepada dua iaitu terdapat caruman daripada tajaan kerajaan secara automatik kepada mereka yang layak menerusi e-kasih dan juga caruman secara sukarela.

Setakat ini, jumlah pencarum di bawah tajaan kerajaan merekodkan 9,470 pencarum manakala secara sukarela hanya 385 pencarum.

 

Sumber: Bernama

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …