PNGK KELANTAN ATASI PERINGKAT NASIONAL

Kelantan mencatat Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) sebanyak 2.97 mata dalam Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2023 iaitu kenaikan 0.04 mata berbanding tahun sebelumnya.

Angka itu juga mengatasi PNGK peringkat nasional.

Calon STPM di Kelantan yang mendapat kelulusan 4 dan 5 Prinsipal pada 2023 ialah 82.18% atau 3,099 calon berbanding pencapaian peringkat nasional iaitu 76.21% atau 31,527 calon sekali gus Kelantan mengatasi nasional sebanyak 5.97%.

Tiga sekolah yang memperoleh kelulusan penuh adalah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Puteri di Kota Bharu dengan Gred Purata Sekolah (GPS) 3.66 diikuti SMK Tengku Panglima Raja, Pasir Mas (3.44) serta SMK Zainab 1 (3.42).

 

Sumber: Harian Metro

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …