LAWATAN KERJA LOJI PEMBERSIHAN AIR BUKIT NANAS

Loji Rawatan Air Bukit Nanas, Kuala Lumpur merupakan loji pembersihan air yang utama di Pusat Bandaraya Kuala Lumpur yang telah wujud sejak tahun 1959.

Pada 26 Ogos 2020, telah dilaksanakan satu mesyuarat serta lawatan tapak di sekitar kawasan logi ini yang merupakan salah satu sasaran penting di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Antara agensi yang terlibat adalah seperti PDRM, Pejabat Ketua Keselamatan Kerajaan, MKN, Jabatan Bomba dan Penyelamat serta beberapa agensi-agensi lain.

Lawatan kerja kali ini bertujuan untuk melaksanakan penilaian aspek tahap Keselamatan Perlindungan di instalasi Sasaran Penting yang telah diwartakan sebagai Kawasan Larangan di bawah Akta Kawasan Larangan dan Tempat Larangan 1959 (Akta 298).

 

 

Artikel/Berita Terkini

Projek Naik Taraf Gerai Tok Lam

Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Terengganu (ICU JPM Terengganu) bersama Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) terus komited memantau kelancaran projek menaik …

MARDI Perketat SOP Keselamatan Ladang

Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) mengambil langkah segera memperketat Prosedur Operasi Standard (SOP) keselamatan di seluruh stesen penyelidikannya …

PERANGKAAN DEMOGRAFI MALAYSIA, SUKU TAHUN KETIGA 2026

Penduduk Malaysia dianggarkan 34.4 juta pada suku tahun ketiga 2026 berbanding 34.3 juta pada suku tahun ketiga 2025 dengan pertumbuhan …