KONVOI KEMBARA MERDEKA JALUR GEMILANG 2024 JELAJAH 10 NEGERI

CYBERJAYA: Konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) 2024 akan menelusuri 10 negeri bagi menzahirkan semangat patriotisme menjelang sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2024.

Pelepasan konvoi yang turut disertai 50 motosikal berkuasa tinggi daripada Suzuki VStrom Owners Club Malaysia (SVOCM) itu disempurnakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, sempena Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2024, di sini, hari ini.

Konvoi ini adalah sebahagian daripada usaha untuk menguar-uarkan sambutan Hari Kebangsaan. Selain itu, terdapat juga program yang telah diatur oleh Jabatan Penerangan (JaPen) di setiap negeri  yang dilalui.

KMJG 2024 akan menjelajah ke Selangor, Johor, Melaka, Terengganu, Perak, Kelantan, Kedah, Pulau Pinang, Perlis sebelum berakhir di Kuala Lumpur

Secara keseluruhan, Konvoi KMJG 2024 membabitkan 90 peserta dan 65 kenderaan, termasuk daripada JaPen, Polis Diraja Malaysia (PDRM), agensi, komuniti dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Selangor.

Sumber: Berita Harian

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …