PM ARAH SEMUA KIBARKAN JALUR GEMILANG SEPANJANG BULAN KEBANGSAAN

CYBERJAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan semua pihak, termasuk sektor awam dan swasta, mengibarkan Jalur Gemilang di premis masing-masing sepanjang tempoh sambutan Bulan Kebangsaan semasa Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2024.

Langkah itu sebagai tanda taat setia, pengorbanan dan mendukung semangat kemerdekaan yang diperoleh tanah air sejak 67 tahun lalu.

Sambutan Hari Kebangsaan kali ini bertemakan ‘Malaysia MADANI: Jiwa Merdeka’ harus dijadikan sebagai tahun mempamerkan kemegahan rakyat dan negara.

Susulan itu, mesej supaya Jalur Gemilang dikibarkan sepanjang Bulan Kebangsaan, akan disiar berulang kali melalui televisyen dan media sosial.

Sumber: Berita Harian

 

Artikel/Berita Terkini

OPERASI BERSEPADU

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Majlis Bandaraya …

PROGRAM HARI KEBANGSAAN

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Hari …

PROGRAM JIWA @ KOMUNITI MADANI

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) PROGRAM JIWA …