KAYUHAN BARAKAH SANTUNI ASNAF

Bagi menyemarakkan bulan kemerdekaan, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah menganjurkan satu program iaitu “Kayuhan Barakah Santuni Asnaf ”.

Program Kayuhan Berbasikal ini telah menggabungkan empat buah Masjid iaitu Masjid Al Akram Dato Keramat, Masjid Muadz bin Jabal Setiawangsa, Masjid Usamah bin Zaid Wangsa Maju dan Masjid Abu Ubaidah Al Jarrah Taman Sri Rampai Setapak Kuala Lumpur.

Program yang bermula seawal jam 07.30 pagi 31 Ogos 2020 ini telah melibatkan seramai 250 orang jemaah dan anak kariah sekitar Parlimen Setiawangsa sereta Titiwangsa Kuala Lumpur.

Menerusi prgram ini peserta akan mengayuh basikal secara santai sejauh lebih kurang 15.2 km, disamping menyampaikan sumbangan kepada asnaf-asnaf di kariah masjid-masjid terlibat.

Selain mempromosikan aktiviti di Ambang Merdeka, program ini juga membudayakan cara hidup sihat di dalam kekangan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang memupuk serta mempraktikkan gaya hidup yang berlandaskan norma baharu.

 

Artikel/Berita Terkini

SINDIKET TIPU PELABURAN DI TIKTOK TUMPAS, LAPAN DITAHAN

KUALA LUMPUR, 3 MEI: Sindiket penipuan pelaburan yang aktif melalui aplikasi TikTok bagi menjerat mangsa, tumpas apabila polis menahan lapan …
Maklumat Lanjut

SEMAKMULE KESAN LEBIH 190,000 AKAUN ‘KELDAI’ DIGUNAKAN SCAMMER

KUALA LUMPUR: Sebanyak lebih 1.9 juta carian akaun bank dan nombor telefon digunakan sindiket penipuan direkodkan Jabatan Siasatan Jenayah Komersil …
Maklumat Lanjut

WASPADA PENIPUAN TAWARAN RUMAH SABAH MAJU JAYA, PPRT

SANDAKAN (2 Mei): Penduduk kawasan Batu Sapi dinasihati agar tidak mudah terpedaya dengan penipuan mengenai pembinaan rumah Sabah Maju Jaya (SMJ), …
Maklumat Lanjut