SYUKUR ADA BUDI MADANI

BUDI MADANI merupakan usaha Kerajaan dalam memastikan peruntukan subsidi disasarkan kepada golongan yang layak sebagaimana dihasratkan oleh pucuk pimpinan negara yang diterajui oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pelaksanaan BUDI MADANI itu merangkumi bantuan individu (BUDI Individu), petani serta pekebun kecil (BUDI Agri-Komoditi) dan syarikat dan kenderaan pengangkutan (BUDI My Subsidi Diesel).

Di bawah Belanjawan 2024, kerajaan komited untuk menyasarkan semula subsidi bahan api bagi mengekang aktiviti penyeludupan, penyelewengan dan ketirisan subsidi rakyat.

Bagi membendung kenaikan kos sara hidup, kerajaan terus menyediakan subsidi diesel bersasar kepada kenderaan pengangkutan awam dan kenderaan pengangkutan barangan darat tertentu.

Tidak cukup dengan itu, bantuan tunai RM2,400 setahun (RM200 setiap bulan) disediakan kepada individu, petani dan pekebun kecil komoditi yang layak.

Dianggarkan seramai 300,000 pemilik kenderaan diesel persendirian individu di Semenanjung Malaysia layak untuk menerima BUDI Individu. Manakala hampir 400,000 petani, penternak dan pekebun kecil, layak menerima manfaat daripada BUDI AgriKomoditi.

Penerima disalurkan bantuan tunai pertama berjumlah RM200 bermula 10 Jun lalu melalui akaun bank masing- masing.

Penerima tanpa akaun bank boleh menuntut BUDI MADANI secara tunai dengan membawa MyKad di mana-mana cawangan BSN seluruh Semenanjung Malaysia.

Bagi penerima sedia ada pembayaran seterusnya telah disalurkan mulai 17 Julai manakala pembayaran bagi permohonan baharu yang telah diluluskan pada bulan Julai akan menerima bantuan tunai mulai 7 Ogos ini.

Rata-rata penerima bantuan tunai BUDI MADANI bernilai RM200 sebulan yang terdiri daripada pemilik kenderaan diesel individu, petani dan pekebun kecil melahirkan rasa syukur dan berpandangan ia memberikan penjimatan kepada mereka walaupun harga diesel diapungkan RM1.20 seliter berbanding sebelumnya.

Diharapkan agar dengan lebihan dana daripada pelaksanaan penyasaran diesel ini kerajaan dapat memperluaskan lagi bantuan yang bersesuaian kepada golongan berpendapatan rendah dan membawa manfaat kepada semua rakyat.

 

Sumber: Sinar Harian

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …