APMM KUDAT BANTU SELAMATKAN NYAWA BAYI BERUSIA TIGA HARI

KUDAT: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Maritim Kudat melakukan misi bantuan Medical Evacuation (Medevac) seorang bayi berusia tiga hari yang memerlukan rawatan segera, semalam.

Bayi Mohd Adwa Faiq Salleh yang mengalami demam dan berisiko mendapat jangkitan selaput otak dan serangan sawan di Klinik Kesihatan Karakit, Pulau Banggi, perlu mendapatkan rawatan segara di Hospital Kudat.

Pengarah APMM Zon Maritim Kudat, Komander Maritim Maurice Grenville Abeyeratne berkata, misi bantuan Medevac dilaksanakan aset ronda Zon Maritim Kudat iaitu Bot Halilintar 02 selepas menerima panggilan daripada pegawai perubatan klinik kesihatan jam 3 petang.

“Bayi diiringi ibunya dan tiga kakitangan kesihatan tiba di Jeti Marina, kira-kira 5 petang.

“Seterusnya bayi dipindahkan ke ambulans untuk mendapatkan rawatan kecemasan di Hospital Kudat,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Anggota APMM membantu mengangkat barang milik bayi dan ibunya untuk dihantar ke Hospital Kudat. – Foto/APMM

Menurutnya, Adwa dilaporkan masih lagi mendapatkan rawatan lanjut dan diberikan pemantauan rapi sehingga keadaannya stabil.

Katanya, sebarang aduan, maklumat atau insiden kecemasan di laut, orang ramai boleh melaporkan ke Pusat Operasi Zon Maritim Kudat di talian 088-611858 atau talian kecemasan NG999 untuk maklum balas segera.

 

#MalaysiaMadani
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#MKNSabah

 

Sumber: INFO X

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …