HARI INI DALAM SEJARAH KESELAMATAN: MARKAS KOR TENTERA DARAT BERFUNGSI DENGAN SEPENUHNYA

Pada hari ini (17 Julai) dalam tahun 1984, pengisytiharan pengoperasian penuh Markas Kor Tentera Darat telah dibuat oleh YBhg. Jeneral Datuk Mohamad Ghazali bin Che Mat, Panglima Tentera Darat di Sungai Besi, Kuala Lumpur.

Markas tertinggi tentera darat ini bertanggungjawab menjalankan semua pemerintahan dan kawalan operasi tentera darat di Semenanjung Malaysia. Semua pemerintahan dan kawalan di bidang operasi di Semenanjung, kawalan pentadbiran dan lojistik ke atas semua unit dan pasukan di dalam pasukan tentera darat akan dipertanggungjawabkan kepada markas ini.

YBhg. Jeneral Datuk Mohamad Ghazali bin Che Mat dalam ucapannya menegaskan terdapat dua tujuan pengambilalihan tugas sepenuhnya tersebut, yang pertama adalah untuk membolehkan markas ini melaksanakan sepenuhnya pemerintahan dan kawalan di Semenanjung Malaysia dan yang kedua adalah untuk meringankan tugas Jabatan Tentera Darat.

 

Sumber: Arkib Negara Malaysia

 

Matriks Keselamatan Negara: Pengurusan Aset Keselamatan Negara Secara Komprehensif

Artikel/Berita Terkini

MELAKA BAKAL JADI HAB TEKNOLOGI JERMAN DI ASIA TENGGARA – AB RAUF

Ayer Keroh – Melaka bersedia menjadi pusat pemindahan teknologi Jerman bagi rantau Asia Tenggara menerusi pembangunan Taman Teknologi Jerman (GTP) …
Maklumat Lanjut

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut