KONTRAKTOR PEMBINAAN DIBERI NOTIS CIDB

TAWAU: Sebuah kontraktor pembinaan, di sini, diberi notis N2 bagi meminta syarikat terbabit mengemukakan maklumat yang diperlukan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB).

Notis itu dikeluarkan CIDB Sabah ketika Operasi Penguatkuasaan Bersepadu secara mengejut di sebuah tapak pembinaan pusat komersial, di sini, hari ini.

Pengarah CIDB Sabah, Nazri Zakaria, berkata operasi berkenaan bertujuan memberi kesedaran kepada pemain industri khususnya kontraktor supaya mematuhi undang-undang yang ditetapkan.

“Hasil operasi itu CIDB mengeluarkan satu notis N2 iaitu mengarahkan pihak kontraktor memberikan maklumat yang diperlukan.

“Kita juga memerlukan maklumat mengenai pematuhan standard bahan binaan, akreditasi dan lain-lain yang berkaitan dengan akta CIDB,” katanya, di sini.

Beliau berkata, Majlis Perbandaran Tawau (MPT) turut mendapati syarikat terbabit melakukan kesalahan di bawah undang-undang kecil bangunan dan undang-undang kecil anti sampah.

Selain itu, katanya Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) juga menemukan beberapa kesalahan yang perlu diperbetulkan dan meminta syarikat kontraktor hadir ke pejabat.

“Kami harapkan notis CIDB itu dapat dipatuhi kerana kegagalan pihak kontraktor boleh dikenakan kompaun dan didakwa di mahkamah,” katanya.

Jelasnya, CIDB juga membuat pemeriksaan terhadap 31 orang pekerja di tapak pembinaan terbabit dengan 20 daripadanya adalah warga asing.

Sementara itu, Nazri berkata, setakat enam bulan pertama tahun ini, sebanyam tujuh Operasi Bersepadu dan Operasi Khas dilakukan CIDB Sabah, manakala sebanyak 163 pemeriksaan tapak.

Beliau berharap pemain industri pembinaan di negeri ini dapat mematuhi peraturan yang ditetapkan berdasarkan Akta 520 CIDB dan akta atau undang-undang agensi yang lain di tapak pembinaan.

Katanya, kesedaran dalam melaksanakan pematuhan akta secara seliaan sendiri adalah penting bagi memastikan projek dapat dilaksanakan dengan sempurna.

 

#MalaysiaMadani
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#MKNSabah

 

 

Sumber: INFO X

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …