HAJIJI BINCANG PERKEMBANGAN SEMASA BERSAMA PM DI PUTRAJAYA

PUTRAJAYA: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor, hari ini mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di pejabatnya, di sini.

Pada pertemuan itu, kedua-dua pemimpin antara lain membincangkan isu dan perkembangan semasa yang berlaku di Sabah.

Pertemuan berkenaan diadakan sejurus selesai Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri.

Ketika pertemuan itu, Hajiji turut menyampaikan jemputan kepada Perdana Menteri untuk merasmikan Persidangan Ekonomi Biru Sabah (SIBEC 2024) yang akan diadakan di Kota Kinabalu pada September depan.

 

#MalaysiaMadani
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#MKNSabah

 

Sumber: INFO X

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …