DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025
NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK
(Integrasi Dasar & Operasi)
Kempen Keselamatan Jalan Raya di peringkat institusi pendidikan semasa musim perayaan giat diadakan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Pulau Pinang. Program Santun Keselamatan Jalan Raya ini dilaksanakan melalui medium advokasi di mana pihak JPJ Negeri Pulau Pinang menyantuni ibu bapa dan murid-murid di Sekolah Kebangsaan Permatang Tok Kandu yang hadir ke sekolah tanpa memakai topi keledar serta memakai topi keledar yang tiada kelulusan dari pihak SIRIM.Β Turut diadakan program cilik di Tabika Perpaduan Mak Mandin 1A dan Tabika Perpaduan Pangsapuri Ampang Jajar.
Program seumpama ini diadakan bagi memperkasakan kempen keselamatan dan pematuhan undang-undang terhadap penunggang motosikal di peringkat institusi pendidikan. Program ini menekankan kepentingan memakai topi keledar yang mendapat pensijilan daripada SIRIM dan sekaligus dapat mengurangkan risiko kemalangan di kalangan murid.
Sumber : JPJΒ Negeri Pulau PinangΒ https://www.facebook.com/JPJPulauPinang