5,648 LOKASI ‘HOTSPOT’ BANJIR SELURUH NEGARA

banjirKementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) melalui Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) mengenal pasti 5,648 lokasi ‘hotspot’ atau kawasan pasti banjir di seluruh negara.

Susulan itu, JPS merancang penyelesaian jangka pendek dan panjang untuk kawasan terbabit.

Antara penyelesaian jangka pendek ialah melakukan persediaan kesiapsiagaan untuk mengurangkan risiko banjir kepada penduduk dengan mengaktifkan Bilik Kawalan Operasi Pusat Ramalan dan Amaran Banjir (PRABN) yang beroperasi 24 jam dalam menghasilkan ramalan kejadian banjir tujuh hari ke hadapan dan memberi hebahan seawal dua hari selepas mendapat ramalan cuaca dari Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) kepada agensi berkaitan untuk dihebahkan kepada orang awam.

Bagi penyelesaian jangka panjang pula, PETRA turut menyediakan pelan induk tebatan banjir mengikut lembangan sungai utama di seluruh Malaysia bertujuan untuk menyediakan perancangan dan penyelesaian banjir secara menyeluruh.

  • Senarai 5,468 lokasi ‘hotspot’ (kemaskini sehingga September 2023) – JPS

Sumber: Berita Harian; Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia – JPS

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …