KASTAM SERBU LOKASI PEMPROSESAN KETUM, RAMPAS PELBAGAI BARANGAN BERNILAI RM100,000

MACHANG, 16 Julai (Bernama) — Jabatan Kastam Kelantan melumpuhkan sindiket pemprosesan dan penjualan air ketum dipercayai terbesar di negeri itu, dalam serbuan di sebuah kawasan hutan berbukit di Kampung Pek, di sini hari ini.

Dalam serbuan pada 1.30 tengah hari itu, pihak Kastam merampas 500 kilogram daun ketum, 10 periuk besar berisi daun, air ketum, lima buah motosikal dan pelbagai lagi peralatan yang dianggarkan bernilai RM100,000.

Hasil siasatan awal mendapati sindiket itu memperolehi daun ketum dari negeri Utara Semenanjung dan dipunggah menggunakan motosikal ke dalam hutan berkenaan serta mula beroperasi sekitar bulan Januari lalu.

 

Sumber: Bernama

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …