11 PATI DITAHAN DI SJR SAPI NANGOH

BELURAN: Seramai 11 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan di Road Check Point (RCP) kilometer 4 Jalan Sapi Nangoh, di sini, hari ini.

Semua PATI terbabit ditahan oleh pasukan Batalion 20 Pasukan Gerakan Am (PGA) Beluran semasa membuat sekatan jalan raya (SJR) di kawasan berkenaan.

Ketua Polis Daerah Beluran, Superintendan Hasan Majid berkata, pihaknya menahan tujuh buah bas awam yang melalui jalan di SJR berkenaan.

Katanya, hasil pemeriksaan berkenaan berjaya menahan seramai 11 orang warga asing berusia 24 hingga 55 tahun.

“Pemeriksaan lanjut mendapati semua warga asing berkenaan masuk ke negara ini tanpa memiliki dokumen pengenalan diri yang sah.

“Semua tangkapan terbabit dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Beluran untuk disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Menurutnya, semua warga asing terbabit boleh dipenjara sehingga dua tahun dan sebat tidak kurang dari tiga kali,” katanya.

 

#MalaysiaMadani
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#MKNSabah

 

Sumber: INFO X

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …