BERHATI-HATI DENGAN MESEJ WHATSAPP MENGENAI SEMAKAN STATUS SUMBANGAN ASAS RAHMAH DAN PERKHIDMATAN TNB.

BERHATI-HATI DENGAN MESEJ WHATSAPP MENGENAI SEMAKAN STATUS SUMBANGAN ASAS RAHMAH DAN PERKHIDMATAN TNB.

Scammer seringkali menggunakan pautan palsu yang akan membawa mangsa ke laman web phishing. Laman web ini direka khas untuk mengumpul butiran peribadi mangsa seperti nama dan nombor telefon. Langkah seterusnya, mangsa akan diminta untuk memasukkan nombor kod keselamatan Telegram yang diterima. Selepas mangsa memasukkan nombor keselamatan tersebut, scammer boleh mengambil alih akaun Telegram mangsa dan menyamar sebagai mangsa bagi tujuan jenayah.

Antara modus operandi scammer adalah menyamar sebagai mangsa dan meminta untuk meminjam wang daripada kenalan mangsa. Selain itu, mereka juga boleh menghantar aplikasi malware untuk dimuat turun dan dipasang pada telefon bimbit kenalan mangsa, menyebabkan bilangan mangsa bertambah dengan banyaknya.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Selain itu juga, TNB telah mengesan taktik ‘scam’ menggunakan nama TNB yang menawarkan servis tidak diketahui dan menjanjikan 8-10% diskaun serta penjimatan elektrik sehingga 70% untuk pemilik perniagaan. Kami ingin memaklumkan para pelanggan bahawa TNB tidak mempunyai sebarang kaitan dengan pemilik halaman Facebook berikut dan tidak mengiktiraf servis yang ditawarkan mereka.

Sekiranya anda terjumpa hantaran media sosial seperti yang berikut, segera lapor dan ‘block’ halaman tersebut bagi keselamatan anda dan pelanggan TNB yang lain. Kongsi maklumat ini kepada ahli keluarga dan rakan-rakan supaya mereka juga tidak terpedaya dengan taktik ‘scammer’ ini.

Akibat dan Kesan Jika Terpedaya Dengan Scam Ini:

  1. Kehilangan Akaun Telegram: Akaun Telegram anda akan diambil alih oleh scammer, menyebabkan anda kehilangan akses kepada semua perbualan dan maklumat penting dalam akaun tersebut.
  2. Penipuan Wang: Scammer akan menyamar sebagai anda dan meminta wang daripada kenalan anda, menyebabkan kerugian kewangan kepada rakan dan keluarga anda.
  3. Penyebaran Malware: Scammer boleh menghantar aplikasi malware kepada kenalan anda, yang boleh menyebabkan kerosakan atau pencurian data peribadi dari telefon bimbit mereka.
  4. Pencurian Identiti: Maklumat peribadi anda yang diperoleh oleh scammer boleh digunakan untuk tujuan penipuan lain, seperti membuka akaun bank atau memohon pinjaman atas nama anda.
  5. Kesan Emosi: Menjadi mangsa penipuan boleh menyebabkan tekanan emosi dan kebimbangan, serta mengurangkan kepercayaan terhadap komunikasi digital.

Oleh itu, adalah penting untuk tidak berkongsi kata laluan, OTP, dan nombor keselamatan bank atau akaun media sosial anda kepada mana-mana pihak. Sentiasa rujuk ahli keluarga atau kenalan sebelum memberikan sebarang butiran peribadi anda.

Marilah bersama-sama mencegah jenayah scam!

Sumber: Cyber Crime Alert Royal Malaysia Police& TNB

 

 

 

 

 

Artikel/Berita Terkini

ISU PADI DAN BERAS NEGARA: DI MANA PENGHUJUNGNYA?

Pengenalan Padi atau nama saintifiknya oryza sativa merupakan tanaman utama dalam sektor pertanian Malaysia dan sumber asas kepada penghasilan beras, …
Maklumat Lanjut

‘𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈: 𝐑𝐚𝐤𝐲𝐚𝐭 𝐃𝐢𝐬𝐚𝐧𝐭𝐮𝐧𝐢’ TEMA SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA (HKHM) 2025

‘𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈: 𝐑𝐚𝐤𝐲𝐚𝐭 𝐃𝐢𝐬𝐚𝐧𝐭𝐮𝐧𝐢’ merupakan tema Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2025 yang menggambarkan keutamaan kerajaan dalam memastikan …
Maklumat Lanjut

AKSI INTIM DI MEDIA SOSIAL: MENGAUT UNTUNG ATAU MEMPERJUDIKAN MARUAH BANGSA?

“Apabila nafsu dijadikan komoditi, dan privasi dijual beli seperti barang pasar, maka nilai sebuah maruah tidak lagi bermakna.” Fenomena merakam …
Maklumat Lanjut