KPN BERSAMA PAT PENGERUSIKAN MESYUARAT JPGK KE-78 DI PUTRAJAYA

Kuala Lumpur, 15 Julai 2024 – Ketua Polis Negara (KPN) IG Tan Sri Razarudin Husain bersama Panglima Angkatan Tentera (PAT), Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Mohammad Ab Rahman petang tadi telah mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Perancang Gerakan Kebangsaan (JPGK) Ke-78 di Dewan Persidangan Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (JPM), Bangunan Perdana Putra, di sini.
JPGK merupakan jawatankuasa yang bertanggungjawab dalam merancang gerakan keselamatan termasuk penggubalan rancangan pertahanan negara.
Antara perkara yang dibincangkan tadi adalah berkaitan gerak kerja inter agensi yang lebih tersusun di samping merangka beberapa strategi untuk menangani isu-isu keselamatan negara terutamanya jenayah rentas sempadan.
Hadir sama, Timbalan Ketua Pengarah Keselamatan Negara (Keselamatan Strategik), Majlis Keselamatan Negara, JPM, CP Dato’ Hj. Baharuddin Hj. Ahmad, Panglima ketiga-tiga cabang Perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia, Timbalan Ketua Setiausaha (Keselamatan) Kementerian Dalam Negeri, Dato’ Hj. Abdul Halim Hj. Abdul Rahman, Timbalan Pengarah Cawangan Khas I Bukit Aman, CP Datuk Ts. Ahmad Ramdzan Daud, Timbalan Pengarah (Gerakan) Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman, DCP Dato’ Hj. Mohd Yusoff Mamat, wakil-wakil daripada Kementerian, Jabatan serta Agensi Persekutuan.
SUMBER: FB Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police )

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …