LEBIH 100 ORANG SERTAI PROGRAM ROAD TOUR E-LESEN RMP

PESERTA: Salmah bersama semua peserta Program Road Tour e-Lesen RMP kali Ke-2/2024.

SANDAKAN: Lebih 100 orang telah menyertai Program Road Tour e-Lesen RMP kali Ke-2/2024 di Institut Latihan Perindustrian Sandakan, Rabu lalu.

Peserta adalah dalam kalangan pelesen-pelesen Racun Makhluk Perosak (RMP), syarikat-syarikat Pengendali Racun Makhluk Perosak (PCO), pengurus dan penyelia ladang, koperasi, pegawai-pegawai kerajaan dan agen-agen (syarikat) penghantaran.

Sistem Pelesenan Racun Makhluk Perosak Lembaga Racun Makhluk Perosak (e-Lesen LRMP) merupakan satu platform yang dibangunkan oleh Bahagian Kawalan Racun Perosak Dan Baja, Jabatan Pertanian Malaysia.

Ia bagi memproses permohonan, pembayaran dan pengeluaran lesen di bawah Akta Racun Makhluk Perosak (ARMP) 1974 sepenuhnya secara dalam talian.

Bermula 7 Julai tahun lalu, Pembangunan Sistem e-Lesen LRMP bagi mendigitalkan keseluruhan proses permohonan lesen/permit telah digunakan sepenuhnya oleh semua pengguna berdaftar e-Lesen LRMP.

Sepanjang program itu telah diadakan ceramah dan latihan secara ‘hands-on’ pengendalian e-Lesen LRMP dan memberikan penekanan lain mengenai pelesenan dan penguatkuasaan Akta Racun Makluk Perosak 1974 dan Kaedah-Kaedah Racun Makhluk Perosak.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Kawalan Racun Perosak Dan Baja Sabah (BKRPB Sabah) Salmah Labulla berkata, pihaknya bersedia memberikan khidmat nasihat teknikal dan pengembangan pertanian berkaitan dengan racun makhluk perosak kepada semua golongan sasar di negeri ini.

Katanya, pengguna berpeluang mengetahui objektif pelesenan ini bagi memastikan bahawa semua racun makhluk perosak yang dijual, dipamer dan disimpan untuk dijual dalam keadaan teratur.

“Ia bagi meminimumkan penyalahgunaan dan pencemaran dari tumpahan yang boleh memudaratkan manusia, binatang dan alam sekitar.

“Selain itu, memastikan hanya racun makhluk perosak yang berdaftar sahaja dijual atau disimpan di premis yang dilesenkan dan bagi membolehkan pengawasan dibuat ke atas penjualan serta pelupusan racun makhluk perosak,” katanya.

 

#MalaysiaMadani
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#MKNSabah

 

Sumber: Utusan Boreno Online

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …