AJARAN SESAT: KERAJAAN KONSISTEN LAKUKAN PEMANTAUAN

Pemantauan secara konsisten sentiasa dilakukan kerajaan bersama pihak berwajib di setiap negeri dalam usaha menangani isu ajaran sesat di negara ini. Menurut Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan, ia adalah amalan yang dilakukan sejak sekian lama termasuk tindakan tegas dalam usaha memastikan bahawa akidah dan aspek agama Islam itu terpelihara.

Menurutnya, paling penting masyarakat Islam perlu mendapatkan nasihat daripada pihak berautoriti dalam mendapatkan nasihat berkaitan agama. Umumnya kita sangat hargai dan kita raikan semangat, minat dan kecenderungan orang awam (Islam) untuk beragama dan mendapatkan pengajaran kefahaman Islam yang baik. Namun begitu, apa yang boleh di nasihatkan kepada seluruh rakyat Malaysia apabila kita ingin mendapatkan sesuatu kefahaman itu perlulah datang daripada sesuatu yang berautoriti, dijamin kesahihannya dari segi akidah, tasawuf dan syariah.

Mengulas mengenai ajaran sesat Millah Abraham yang dikesan di Negeri Sembilan baru-baru ini, pihaknya memberikan keyakinan penuh kepada pihak berautoriti di negeri ini dalam menangani isu tersebut. Negeri Sembilan ada peruntukan undang undangnya, penguat kuasa dan jawatankuasa yang mampu untuk menangani isu ini.

Sumber: Sinar Harian

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …