KELDAI AKAUN, BERHATI-HATI

Kerajaan pada 9 julai 2024 telah membentangkan pindaan undang-undang bagi membanteras jenayah penipuan kewangan dalam talian, termasuk keldai akaun yang membimbangkan dalam negara. Rang Undang-Undang (RUU) Kanun Keseksaan (Pindaan) 2024 dan RUU Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) 2024 dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said. Azalina berkata, bacaan kedua RUU berkenaan akan dibuat pada mesyuarat kali ini.

Pindaan di bawah Kanun Keseksaan (Akta 574) bertujuan memasukkan beberapa seksyen baharu bagi mengadakan peruntukan kesalahan dan penalti bagi kesalahan berkaitan instrumen pembayaran atau akaun di institusi kewangan. Di bawah Seksyen 424a, peruntukan kesalahan dan penalti diadakan bagi pemilikan atau kawalan terhadap mana-mana instrumen pembayaran orang lain atau mana-mana akaun orang lain di institusi kewangan tanpa kuasa yang sah atau maksud yang sah. Seksyen 424b, bagi pemberian pemilikan atau kawalan terhadap instrumen pembayaran atau akaun di institusi kewangan kepada mana-mana orang lain tanpa kuasa yang sah atau maksud yang sah.

Di bawah seksyen ini, sesiapa saja, secara langsung atau tidak langsung, tanpa kuasa yang sah atau tujuan yang sah, memberikan pemilikan atau kawalan ke atas pembayarannya instrumen atau akaunnya di institusi kewangan kepada mana-mana orang lain, boleh dihukum antara RM10,000 dan RM100,000 atau penjara antara satu hingga tujuh tahun, atau kedua-keduanya. Subseksyen 424c(1), bagi seseorang yang terbabit dalam mana-mana transaksi menggunakan instrumen pembayarannya atau akaunnya di institusi kewangan tanpa maksud yang sah. Subseksyen 424c(2), bagi seseorang yang terbabit dalam mana-mana transaksi menggunakan mana-mana instrumen pembayaran orang lain atau mana-mana akaun orang lain di institusi kewangan tanpa kuasa yang sah atau maksud yang sah. Selain itu, Seksyen 424d, bertujuan mengadakan peruntukan bagi takrif “institusi kewangan” dan “instrumen pembayaran” dalam konteks seksyen baharu 424a, 424b dan 424c yang dicadangkan.

Azalina sebelum ini berkata, pindaan itu dibuat berikutan undang-undang sedia ada tidak memperuntukkan sebarang kesalahan kepada pemilik akaun bank, yang membenarkan akaun mereka digunakan orang lain bagi tujuan tidak sah dan menyukarkan polis untuk menyekat pergerakan wang mangsa yang disalurkan kepada akaun keldai.

Sumber: Berita Harian

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …