18 RUMAH MUSNAH TERBAKAR, 200 PENDUDUK SEHELAI SEPINGGANG

KOTA BELUD: Lebih 200 penduduk membabitkan 42 keluarga tinggal sehelai sepinggang selepas 18 rumah mereka di Kampung Kuala Abai, di sini, musnah terbakar petang tadi.

Kejadian kira-kira jam 3.40 petang itu semua rumah jenis tidak kekal itu musnah sepenuhnya namun tidak membabitkan sebarang kemalangan jiwa.

Difahamkan, kedudukan rumah rapat serta angin kuat menyebabkan api marak dengan cepat sehingga memusnahkan rumah sama sekali.

Sebanyak 18 rumah yang musnah terbakar di Kampung Kuala Abai, Kota Belud. – Foto/Bomba

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Belud, Penolong Penguasa Bomba, Muhammad Syazwan Latun berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 3.43 petang.

Katanya, sepasukan 20 anggota dan pegawai bersama jentera dari BBP Kota Belud dan dibantu BBP Tuaran dikerah ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba di lokasi, pasukan operasi segera melancarkan operasi mengawal api daripada terus merebak ke rumah berhampiran.

“Kebakaran dikawal jam 5.20 petang dan 18 rumah dilaporkan musnah terbakar manakala 35 rumah berjaya diselamatkan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Pasukan bomba memadam kebakaran rumah di Kampung Kuala Abai, Kota Belud. – Foto/Bomba

Menurutnya, operasi pemadaman dijalankan menggunakan dua aliran tiga pancutan dari sumber air jentera dan air terbuka.

“Tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan. Kerja-kerja memadam bara-bara api masih dijalankan.

“Punca kejadian serta jumlah kerugian masih dalam siasatan pasukan bomba,” katanya.

Operasi pemadaman turut dibantu Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Kulambai dan Pangkalan Abai serta Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB). 

 

#MalaysiaMadani
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#MKNSabah

 

Sumber: INFO X

Artikel/Berita Terkini

‘SAYA CINA TAPI NAMA MELAYU NUR FARHANA, NAMA INDIA PULA TAMANA’

Walaupun dilahirkan sebagai seorang berbangsa Cina, namun Exco Pelancongan, Kebudayaan dan Kesenian Negeri Sembilan, Nicole Tan Lee Koon, mempunyai nama …
Maklumat Lanjut

INISIATIF 1 RUMAH 1 JALUR GEMILANG

 Ayuh kibarkan Jalur Gemilang di rumah anda! Satu bendera, sejuta makna — simbol cinta & bangga pada tanah air tercinta  …
Maklumat Lanjut

KERAJAAN UTAMA KEPENTINGAN PERLUAS CAPAIAN DIGITAL

CENDERAMATA: Hajiji menerima cenderamata daripada Gobind semasa kunjungan hormat di pejabatnya di Menara Kinabalu hari ini. KOTA KINABALU: Kerajaan negeri …
Maklumat Lanjut