ULAR SAWA LEBIH EMPAT METER DI HALAMAN RUMAH

KOTA KINABALU: Penghuni di sebuah rumah di Taman Sri Pulutan, Manggatal, di sini, terkejut apabila menemui seekor ular sawa sepanjang lebih empat meter di halaman rumahnya, malam tadi.

Reptilia itu ditemui pemilik rumah dalam keadaan berlingkar sebelum menghubungi Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kota Kinabalu.

Pegawai APM Kota Kinabalu, Kapten (PA) Aizex Junior berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 7.14 malam.

Katanya, seorang pegawai bersama lima anggota dari Skuad Charlie diketuai Leftenan M Nurfarizt Izwan Sapsia digerakkan ke lokasi.

“Setibanya di lokasi, pemilik rumah memaklumkan ular sawa berada di hadapan halaman rumahnya.

“Empat anggota lengkap berpakaian peralatan Personal Protective Equipment (PPE) segera melakukan pencarian,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurutnya, ular sawa ditemui di sangkar kucing yang berada di beranda belakang rumah pengadu.

“Ular sawa batik dengan berat 50 kilogram berjaya ditangkap menggunakan peralatan khas.

“Operasi berjalan lancar dan tamat sepenuhnya kira-kira jam 8 malam,” katanya.

Tambahnya, ular berkenaan dibawa ke pejabat APM Kota Kinabalu sebelum dilepaskan ke lokasi selamat.

 

 

#MalaysiaMadani
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#MKNSabah

 

Sumber: INFO X

Artikel/Berita Terkini

111 WARGA ASING DITAHAN DALAM OPS SAPU DI TIGA DAERAH

TAHAN: Antara PATI Yang Ditahan Dalam Operasi Ini. KOTA KINABALU: Seramai 111 warga asing ditahan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sabah …

AADK TUBUH UNIT DRON PERKUKUH PEMANTAUAN KAWASAN PANAS DADAH

Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) menubuhkan Unit Dron bagi memperkukuh pemantauan dan meningkatkan keupayaan penguatkuasaan, khususnya di kawasan panas penyalahgunaan dadah …

THANUSAA CIPTA KEJUTAN, SUMBANG EMAS UNTUK MELAKA

Ayer Keroh – Melaka terus menambah kutipan pingat emas pada Sukan Malaysia (SUKMA) Selangor apabila atlet skuasy wanita, U Thanusaa …