ENGGAN JUAL DAN SOROK MINYAK MASAK PEKET, KEDAI RUNCIT DISERBU

KULIM | 08 JULAI 2024 – Sepasukan anggota Penguat Kuasa KPDN Kulim telah mengambil tindakan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 terhadap sebuah kedai runcit di Taman Makmur, Kulim, Kedah pada hari Ahad sekitar jam 12.00 tengah hari.

Tindakan kes ini adalah hasil aduan awam dan risikan OPS Samar mengenai keengganan peruncit menjual minyak masak paket bersubsidi 1kg kepada pelanggan. Tindakan awal dilakukan dengan membuat uji beli namun ketika ia dilakukan didapati tiada minyak masak paket 1kg dipamerkan di rak jualan. Setelah bertanya kepada seorang pekerja lelaki warga tempatan di premis berkenaan berhubung bekalan minyak masak paket 1kg, anggota tersebut dimaklumkan bahawa minyak masak paket 1kg di kedai runcit telah kehabisan stok.

Pasukan serbuan kemudiannya telah menjalankan pemeriksaan lanjut di kedai runcit berkenaan dan telah menemui sejumlah minyak masak paket 1kg yang disimpan di dalam stor kedai runcit tersebut. KPDN Kulim telah menyita 222 kg minyak masak paket 1kg bersubsidi yang dianggarkan bernilai RM 555.00 untuk tindakan lanjut.

Kes disiasat di bawah seksyen 16A (1) (a) Akta Kawalan Bekalan 1961 [Akta 122] dan mana-mana orang jika disabitkan kesalahan boleh didenda tidak lebih RM1,000,000.00 (Ringgit Malaysia Satu Juta) manakala bagi kesalahan berikutnya tidak melebihi RM3,000,000.00 (Ringgit Malaysia Tiga Juta) bagi orang perseorangan atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali. Manakala bagi syarikat sekiranya sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM2,000,000.00 (Ringgit Malaysia Dua Juta) manakala bagi kesalahan berikutnya tidak melebihi RM5,000,000.00 (Ringgit Malaysia Lima Juta).

KPDN ingin memberikan amaran keras kepada semua pihak yang berurusan barang kawalan dan bersubsidi agar sentiasa mematuhi perundangan yang telah dikuatkuasakan dan menegaskan bahawa Kementerian tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang didapati terlibat dalam penyelewengan barang kawalan dan bersubsidi.

KPDN amat mengalu-alukan sebarang maklumat atau aduan dari orang awam berhubung keengganan mana-mana premis untuk menjual minyak masak paket 1kg bersubsidi kepada orang awam di saluran rasmi berikut :

i. Talian Aduan khas OPS Kesan 2.0 : 012-6654292
ii. Portal e-aduan 2.0 http://eaduan.kpdn.gov.my
iii. Call Centre 1-800-886-800
iv. E-mel e-aduan@kpdn.gov.my
v. Aplikasi EZ ADU KPDN
vi. Pusat Arahan Penguatkuasaan (ECC) 03-88826088/6245
vii. WhatsApp 019-848 8000 dan 019-279 4317
viii. Pejabat KPDN Kedah 04-7001745

Artikel/Berita Terkini

12 DITAHAN, RM41 JUTA HASIL BUMI DAN JENTERA DIRAMPAS

OPERASI: Salah sebuah kawasan yang diserbu semasa Op Bersepadu Khazanah atau Op Gali Mega, baru-baru ini. KOTA KINABALU: Seramai 12 …

111 WARGA ASING DITAHAN DALAM OPS SAPU DI TIGA DAERAH

TAHAN: Antara PATI Yang Ditahan Dalam Operasi Ini. KOTA KINABALU: Seramai 111 warga asing ditahan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sabah …

AADK TUBUH UNIT DRON PERKUKUH PEMANTAUAN KAWASAN PANAS DADAH

Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) menubuhkan Unit Dron bagi memperkukuh pemantauan dan meningkatkan keupayaan penguatkuasaan, khususnya di kawasan panas penyalahgunaan dadah …