SUKU AKHIR PIALA FA: SABAH LEBIH HATI-HATI BERDEPAN TERENGGANU, ELAK DIBOLOSI GOL AWAL

KOTA KINABALU: Sabah FC mengambil langkah lebih berhati-hati bagi mengelak dibolosi gol awal dalam misinya untuk bangkit semula menentang Terengganu FC pada aksi suku akhir kedua Piala FA di Stadium Likas, Sabtu ini.

Meskipun mengakui cabaran besar dan tugas yang berat menanti pemainnya, Ketua Jurulatih Sabah FC, Datuk Ong Kim Swee yakin anak buahnya mampu memberikan saingan yang baik.

Katanya, jika gawang Sabah dibolosi awal, anak buahnya perlu berusaha berlipat kali ganda untuk memastikan mereka dapat memberikan saingan yang secukupnya sepanjang perlawanan itu nanti.

“Sebaliknya, jika Sabah FC mampu untuk mendapatkan gol sudah tentu ini akan membantu meningkatkan semangat juang mereka sekali gus memberikan tentangan hebat kepada Terengganu FC nanti.

“Boleh dikatakan ia satu laluan yang cukup mencabar tetapi adalah tidak mustahil. Apa yang penting kita tahu semua pemain ingin membuktikan apa yang berlaku di Terengganu sebelum ini adalah perkara yang amat sukar (diterima).

“Saya pasti semua pemain mempunyai semangat kental untuk bermain dengan lebih baik di Likas dan mencuba untuk memastikan kita dapat mempengaruhi keputusan berpihak kepada Sabah FC,” katanya.

Beliau mengulas persiapan sluad Sang Badak berdepan perlawanan timbal balik suku akhir Piala FA, Sabtu ini.

Kim Swee mengakui Sabah FC memerlukan gol yang banyak pada pertemuan kedua itu nanti bagi memastikan Sang Badak dapat melangkah ke peringkat seterusnya.

“Namun apa yang penting, Sabah FC perlu kekal dengan objektif di mana kita harus mencuba untuk mendapatkan gol-gol awal. Paling penting, kita kekalkan tahap saingan sehingga minit terakhir pada perlawanan Sabtu nanti,” katanya.

Sementara itu, katanya beberapa pemain Sabah FC termasuk Miguel Angel Garrido Cifuentes atau Cifu dan Gabriel Peres belum pulih sepenuhnya daripada kecederaan selepas aksi suku akhir pertama Jumaat lalu.

Namun, katanya tidak banyak perubahan posisi dilakukan menjelang pertemuan dengan Terengganu FC pada Sabtu ini tetapi pendekatan yang digunakan berlainan memandangkan pemain beraksi di Piala FA.

“Sesiapa sahaja yang bakal diturunkan Sabtu ini, mereka perlu menunjukkan komitmen dan semangat juang yang tinggi, lebih-lebih lagi beraksi di hadapan penonton sendiri di Stadium Likas.

“Kita pastikan Sabah FC mendapatkan keputusan yang positif Sabtu ini dan saya mengharapkan agar semua pemain dapat memberikan kerjasama baik dalam perlawanan itu nanti,” katanya.

 

#MalaysiaMadani
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#MKNSabah

 

Sumber: INFO X

Artikel/Berita Terkini

MELAKA BAKAL JADI HAB TEKNOLOGI JERMAN DI ASIA TENGGARA – AB RAUF

Ayer Keroh – Melaka bersedia menjadi pusat pemindahan teknologi Jerman bagi rantau Asia Tenggara menerusi pembangunan Taman Teknologi Jerman (GTP) …
Maklumat Lanjut

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut