KDNK TERENGGANU 2023 NAIK KE RM38.2 BILION

Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) Terengganu bagi 2023 naik 2.3 peratus ke RM38.2 bilion berbanding RM37.4 bilion pada tahun sebelumnya. Ketua Perangkawan Malaysia, Dato’ Sri Dr. Mohd Uzir Mahidin berkata, daripada aspek komposisi ekonomi di Terengganu, sektor perkhidmatan mendominasi.

Sektor itu menyumbang 52 peratus daripada aktiviti ekonomi negeri tersebut. Sektor pembuatan merupakan penyumbang kedua terbesar dengan 36.9 peratus, diikuti sektor Pertanian 7.5 peratus. Seterusnya, sektor pembinaan dan perlombongan dan pengkuarian masing-masing menyumbang 3.0 peratus dan 0.5 peratus kepada keseluruhan komposisi ekonomi Terengganu.

Daripada segi prestasi ekonomi sektoral, sektor perkhidmatan berkembang 3.1 peratus berbanding tahun sebelumnya, mencatatkan peningkatan nilai ditambah kepada RM19.9 bilion. Pertumbuhan sektor ini terutamanya didorong pertumbuhan dalam subsektor utiliti, pengangkutan & penyimpanan dan ICT yang berkembang 2.4 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Sementara itu, subsektor perkhidmatan kerajaan pula meningkat 3.8 peratus. Sektor pembuatan berkembang marginal 0.2 peratus tahun ke tahun untuk mencatatkan nilai ditambah RM14.1 bilion pada tahun 2023. Pertumbuhan marginal ini didorong terutamanya oleh produk petroleum, kimia, getah dan plastik yang menokok 0.3 peratus, khususnya produk kimia.

Pada masa yang sama, sektor pertanian menunjukkan prestasi yang memberangsangkan, berkembang 7.4 peratus dengan nilai ditambah RM2.9 bilion. Pertumbuhan tersebut dipacu terutamanya oleh peningkatan dalam pengeluaran kelapa sawit. Selain itu, subsektor perikanan turut melonjak 21.3 peratus berbanding tahun sebelumnya (11.5 peratus).

Sementara itu, sektor pembinaan di Terengganu mencatatkan pertumbuhan 1.6 peratus pada tahun 2023, mencapai nilai ditambah sebanyak RM1.2 bilion. Pertumbuhan sektor ini didorong secara signifikan oleh subsektor Kejuruteraan awam yang meningkat 25.3 peratus. Begitu juga sektor perlombongan & pengkuarian di Terengganu yang merekodkan pertumbuhan 5.3 peratus pada tahun 2023 dengan nilai ditambah berjumlah RM207.7 juta. Prestasi KDNK per kapita, Terengganu mencatatkan KDNK per kapita pada tahun 2023 sebanyak RM31,111.

Sumber: BERNAMA, Berita Harian.

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …