KPDN KELANTAN GAGALKAN CUBAAN MENYELEWENG 550 LITER MINYAK PETROL

TUMPAT 03 Julai : Satu operasi pencegahan penyelewengan barang kawalan dijalankan di sekitar Pengkalan Kubor, Tumpat oleh Pegawai Penguat Kuasa KPDN Kelantan pada petang kelmarin.
Berdasarkan maklumat risikan, sebuah kenderaan tempatan disyaki membawa sejumlah tong jerikin mengandungi minyak petrol untuk tujuan penyeludupan ke negara jiran. Pasukan operasi berjaya mengesan kenderaan jenis Proton Preve berpendaftaran tempatan yang sedang parkir di Kampung Pak Keral, Tumpat, Kelantan. Semasa pemeriksaan ingin dilakukan pasukan, secara tiba-tiba pemandu kenderaan memecut laju ke arah Kampung Bunohan, Tumpat, Kelantan. Dalam 10 minit pasukan mengekori saspek melalui kawasan bendang sawah padi sejauh 7 kilometer, kenderaan yang dipandu tersebut kemudian hilang kawalan dan melanggar sebatang pokok di Kg. Bunohan, Tumpat, Kelantan.
Walau bagaimanapun saspek melarikan diri ke arah sawah padi berdekatan dan gagal dikesan pasukan.
Hasil pemeriksaan mendapati sejumlah tong jerikin mengandungi minyak petrol di tempat duduk penumpang dan bahagian belakang motokar tersebut.
Sebanyak 550 liter minyak petrol bernilai RM 1127.50 dirampas, dengan nilai keseluruhan rampasan RM 16,127.50 termasuk kenderaan. Selanjutnya kes akan disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961.
KPDN Kelantan sentiasa serta melipat gandakan usaha membanteras ketirisan barang kawalan di sempadan negara ini bersama dengan agensi berkaitan sempadan dari masa ke semasa.
Dalam masa yang sama juga Penguat Kuasa KPDN Kelantan mempergiatkan lagi usaha dengan mengadakan Pemantauan dan Rondaan Pencegahan Ketirisan Barang Kawalan di stesen-stesen minyak sekitar radius 50 km dari sempadan negara.
KPDN Kelantan memberikan amaran keras kepada mana-mana individu yang terlibat dengan aktiviti tidak bermoral penyelewengan barang kawalan supaya menghentikan segera serta tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak dan tindakan tegas akan diambil selanjutnya.

Artikel/Berita Terkini

AMALAN SUNAT BULAN ZULHIJJAH

AMALAN SUNAT BULAN ZULHIJJAH Ayuh hidupkan hari-hari penuh barakah ini dengan amalan sunat seperti:  Solat Sunat  Perbanyakan Solat Sunat  Puasa …
Maklumat Lanjut

KES BUANGAN HARAM DI PORT DICKSON, BEKAS PEGAWAI JAS ANTARA DIDAKWA

Dua individu termasuk seorang bekas Timbalan Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Sembilan serta sebuah syarikat didakwa di Mahkamah Sesyen …
Maklumat Lanjut

TREND KENDERAAN BERAT MENGGUNAKAN LORONG PALING KANAN MEMBIMBANGKAN – KP JPJ

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan terus mempergiatkan tindakan penguatkuasaan membabitkan kenderaan perkhidmatan barangan (KPB) dan kenderaan pengangkutan awam (KPA) yang …
Maklumat Lanjut