SKMM, SYARIKAT TELEKOMUNIKASI BERUSAHA PULIHKAN PERKHIDMATAN RANGKAIAN TERJEJAS BANJIR

BERSIH: Kerja pembersihan giat dijalankan di NADI Kampung Sungai Damit, Tuaran.

KOTA KINABALU: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bersama syarikat telekomunikasi sedang berusaha memulihkan perkhidmatan rangkaian yang terjejas melibatkan 41 menara pemancar di empat daerah di Sabah susulan situasi banjir yang berlaku di beberapa kawasan Pantai Barat Sabah sejak minggu lalu.

Suruhanjaya itu dalam satu kenyataan berkata, 14 menara pemancar berjaya dipulihkan manakala 27 lagi masih belum dapat beroperasi sejak pagi Selasa.

“Daripada keseluruhan jumlah menara yang terjejas, sebanyak 34 menara pemancar terpaksa diputuskan bekalan elektrik oleh pihak Sabah Electricity Sdn. Bhd. (SESB) disebabkan faktor keselamatan.

“Lima menara pemancar terputus hubungan akibat jalan dinaiki air dan dua yang lain mengalami kerosakan peralatan elektronik,” katanya.

Menurutnya, berdasarkan pecahan daerah, 13 daripada pemancar di Penampang sudah dibaik pulih dan 19 lagi masih belum beroperasi.

“Bagi Kota Kinabalu, satu pemancar kembali beroperasi dengan empat lagi masih dalam proses pembaikan manakala tiga menara pemancar di Tuaran belum beroperasi, begitu juga satu menara pemancar di Kota Marudu yang masih terjejas.

“Dalam perkembangan sama, satu daripada lima Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) turut terjejas dan tidak dibuka kepada orang ramai untuk sementara waktu sehingga keadaan kembali normal.

“Kerja-kerja pembersihan giat dijalankan bagi membolehkan pusat NADI di Kampung Sungai Damit, Tuaran boleh dibuka untuk operasi secepat mungkin,” katanya.

Beliau berkata, bagi memastikan liputan telekomunikasi di semua empat Pusat Pemindahan Sementara (PPS) terus beroperasi dan berada dalam keadaan baik untuk

kemudahan mangsa-mangsa banjir di PPS terbabit, pemantauan akan terus dilakukan oleh SKMM Sabah.

“Berdasarkan hasil ujian pemantauan kualiti liputan (QoS), tiada aduan berkaitan kualiti liputan yang diterima di PPS berkenaan setakat ini,” katanya.

 

#MalaysiaMadani
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#MKNSabah

 

Sumber: Utusan Boreno Online

 

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …