DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025
NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK
(Integrasi Dasar & Operasi)
Unit Falcon JPJ Negeri Pulau Pinang, telah membuat penguatkuasaan berfokus keatas kesalahan utama iaitu gagal patuhi lampu isyarat merah, penggunaan telefon bimbit semasa memandu dan tidak pakai talipinggang keledar/ topi keledar. Penguatkuasaan berfokus ini dilakukan di Jalan Todak, Seberang Jaya.
Sebanyak 31 notis saman telah dikeluarkan kepada pengguna jalan raya yang telah melakukan kesalahan tersebut pada operasi hari ini.
Pengguna jalan raya adalah dinasihatkan supaya patuh kepada peraturan dan undang-undang ketika memandu untuk mengelak dari dikenakan tindakan penguatkuasaan. Keselamatan di jalan raya tanggungjawab kita bersama.
Sumber : JPJ Negeri Pulau PinangΒ https://www.facebook.com/JPJPulauPinang