SISIPAN SEJARAH : PELANCARAN PANDUAN PENGURUSAN DAN PENINGKATAN KUALITI DALAM PERKHIDMATAN AWAM

SISIPAN SEJARAH PADA 25 JUN 1990: PELANCARAN PANDUAN PENGURUSAN DAN PENINGKATAN KUALITI DALAM PERKHIDMATAN AWAM

 

Pada hari ini dalam tahun 1990, YBhg. Tan Sri Dato’ Sri Ahmad Sarji bin Abdul Hamid, Ketua Setiausaha Negara telah melancarkan buku “Panduan Pengurusan dan Peningkatan Kualiti Dalam Perkhidmatan Awam”, bertempat di Dewan Taklimat, Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri. Dalam ucapannya di majlis pelancaran tersebut, YBhg. Ketua Setiausaha Negara menyatakan bahawa panduan itu merupakan langkah kerajaan untuk memastikan kualiti sentiasa dititikberatkan dalam apa sahaja tindakan yang dilakukan oleh Jabatan-jabatan Kerajaan di negara ini. Beliau juga menyarankan beberapa langkah yang dapat diambil oleh Ketua-ketua Jabatan dalam meningkatkan kualiti antaranya ialah Membuat penilaian dan pemerhatian ke atas usaha meningkatkan kualiti yang dilaksanakan berasaskan kepada senarai semakan ‘Q’, Menyediakan buku panduan kualiti bagi Jabatan-jabatan atau bahagian yang dipilih dan Mengubal dasar kualiti agensi untuk disebarkan kepada semua anggota agensi. Sehubungan itu, proses peningkatan kualiti di Jabatan-jabatan Kerajaan telah mengalami pelbagai perubahan pada masa kini, namun begitu usaha-usaha peningkatan kualiti perlu dilaksanakan peringkat demi peringkat memandangkan peningkatan kualiti merupakan satu proses yang berterusan dan tiada penamatnya.

 

Sumber: Arkib Negara Malaysia

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …