JPJ TERENGGANU KELUAR LEBIH 5,000 SAMAN OPS HRAA 2024

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Terengganu mengeluarkan 5,140 saman atas pelbagai kesalahan dalam Operasi Khas Hari Raya Aidiladha (HRAA) yang berakhir semalam.

Pengarahnya Mohd Zamri Samion berkata lima kesalahan paling tinggi dikesan ialah tiada lesen memandu kompeten (CDL), Lesen Kenderaan Motor (LKM) tamat tempoh, tiada perlindungan insurans, cermin gelap dan nombor pendaftaran tidak mengikut spesifikasi.

Beliau berkata selain itu polis turut mengesan beberapa kesalahan lain yang sering dilakukan dan dipandang remeh oleh ramai pengguna jalan raya, antaranya tidak memakai topi keledar, muatan berbahaya, tidak memakai tali pinggang keledar, gagal mematuhi lampu isyarat merah, memotong di sebelah kiri secara berbahaya dan membawa lebih muatan.

Mohd Zamri berkata 2,510 daripada 31,091 kenderaan yang diperiksa telah dikenakan tindakan atas pelbagai kesalahan berkaitan trafik sejak Ops HRAA di seluruh Terengganu dilancarkan pada 10 Jun lepas, selain 191 kenderaan termasuk motosikal, kereta, lori dan kenderaan persendirian lain disita atas pelbagai kesalahan dalam operasi itu.

“Seramai 110 anggota penguatkuasa JPJ terlibat dalam Ops HRAA bagi mengurangkan nahas kematian jalan raya terutama di 17 kawasan kemalangan maut di sekitar jalan persekutuan di negeri ini,“ katanya pada sidang media Rangkuman Ops HRAA 2024 di JPJ Negeri Terengganu, hari ini. “Di samping itu kita turut memberi fokus kepada masalah kebanjiran pendatang asing yang dilihat semakin berani membawa kenderaan tanpa lesen atau dokumen sah di Terengganu kebelakangan ini,“ katanya.

 

Sumber: The Sun, Bernama

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …