FESTIVAL LAYANG-LAYANG: 15 NEGARA ‘TERBANG’ DI TERENGGANU

Sebanyak 15 negara ‘berkampung’ selama dua hari di Terengganu dalam Pameran Layang-Layang Gergasi Antarabangsa Kuala Terengganu 2024, bermula dari hari Isnin. Pegawai Tugas-tugas Khas Persatuan Penggiat dan Pemain Wau Negeri Terengganu, Zulkifli Abd Rani memaklumkan, pameran singkat dengan kerjasama Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu (JPNT) diadakan di Dataran Jambatan Angkat Kuala Terengganu dari jam 9.00 pagi sehingga 9.00 malam.

Sekitar 35 peserta dari Indonesia, Thailand, Macau, Hong Kong, China, Poland, Austria, Australia, United Kingdom, Amerika Syarikat, Ukraine dan Sweden. Tujuan diadakan pameran ini adalah untuk memeriahkan kembali tradisi wau dan layang-layang di Terengganu.

Pameran atau pertandingan sebesar ini sudah lebih 10 tahun tidak diadakan. Dengan langkah pertama ini, secara umumnya penganjuran ini dapat membantu negeri menarik lebih ramai pelancong ke sini selain berhasrat mengadakan semula pertandingan hingga ke peringkat antarabangsa.

Pada sebelah malam pula, pengunjung akan disajikan wau yang dihiasi kerlipan cahaya sebagai keunikan yang diketengahkan dalam pesta-pesta wau dan layang-layang.

Dalam pada itu, wakil Komunitas Pencinta Layang-layang Nusantara Talikama Lianawati Lea menyifatkan Terengganu memiliki potensi untuk pertandingan dan pameran layang-layang gergasi terutama di Dataran Jambatan Angkat Kuala Terengganu.

Ini kali pertama beliau ke Terengganu, sebelum ini beliau sering ‘menerbangkan’ layang-layang di Kelantan, Sarawak dan Johor. Festival ini bagus kepada pelancongan setempat, sebagai contoh penganjuran festival layang-layang yang diadakan Jogjakarta tahun lalu berjaya menarik lebih 50,000 pengunjung.

Sumber: TRDI

 

 

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …