TARIAN SEWANG DIMINATI SI CILIK

Tarian Sewang yang sinonim dengan tradisi masyarakat Orang Asli kini turut diminati dan mendapat tempat dalam kalangan kanak-kanak Melayu di sini. Tidak hanya setakat itu, ibu bapa mereka juga memberikan sokongan supaya anak masing-masing mempelajari tarian berkenaan menerusi kumpulan Seni Anak Johol. Menurut Siti Norain Mohd Zuber,36, dua anaknya iaitu Damia Sofea Shaiful Azahari, 11 dan Khalisya Sofea berusia sembilan tahun, menyertai kumpulan berkenaan selepas mengetahui keunikannya. Biasa kita lihat orang buat persembahan kini anak sendiri. Asalnya beliau menggalakkan anak masuk kumpulan ini sebab tidak mahu mereka leka dengan gajet, tetapi akhirnya mereka lebih seronok dengan aktiviti berbanding gajet.

Seorang lagi ibu peserta kumpulan, Siti Farhana Mahusin, 36 dari Kampung Tumang memaklumkan anaknya Qaseh Nur Fatimah Azzahra Rashidi,10, dilihat semakin berkeyakinan apabila berhadapan dengan orang ramai. Dia pun dapat belajar tradisi masyarakat Orang Asli, sejarahnya macam mana. Maka dari situ ada ilmu tambahan dia dapat.  Dalam pada itu, Afzainizam Zainal Alias, 38, pula difahamkan, selain tarian sewang, kumpulan berkenaan akan mempelbagaikan tarian antaranya tarian masyarakat Melayu.

Sementara itu, menurut tenaga pengajar Fauziah Ismail atau mesra di panggil Mak Teh, kumpulan berkenaan aktif sejak tujuh tahun lalu selepas dia kerap memasuki perkampungan orang asli mengikuti suaminya Muhammad Adnan Abdullah yang bekerja sebagai kakitangan Jabatan Kemajuan Orang Asli (JKOA) Negeri Sembilan sebelum ini. Kebetulan pula beliau memang suka dengan aktiviti kreatif, tarian dan berkaitannya maka terciptalah kumpulan ini untuk kita pelihara tradisi ini kepada golongan muda. Beliau juga sangat mengalu-alukan semua golongan tidak kira kaum untuk menyertai kumpulan ini yang mana buat masa ini kita ada 12 peserta berumur tujuh hingga 12 tahun, seorang daripadanya merupakan anak masyarakat Orang Asli.

Sumber: Sinar Harian

 

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …