PERDANA MENTERI DAHULUI SENARAI PENERIMA DARJAH KEBESARAN KEDAH

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendahului senarai 238 penerima darjah dan bintang kebesaran sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Sultan Kedah, Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah ke-82 di Istana Anak Bukit, di sini, semalam.

 

Datuk Seri Anwar Ibrahim dianugerahkan Darjah Seri Setia Sultan Sallehuddin Kedah Yang Amat Dihormati (SSSK) yang membawa gelaran Dato’ Seri Diraja.

 

Sultan Sallehuddin turut berkenaan menganugerahkan Darjah Dato’ Seri Setia Pahlawan Yang Amat Dihormati (SSPK) yang membawa gelaran Dato’ Seri Pahlawan kepada Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Mohammad Ab Rahman.

 

Turut tersenarai sebagai penerima, Panglima Briged Keenam Infantri Malaysia Brigedier Jeneral Saipol Anuar Jaafar dan Ketua Polis Kedah, Datuk Fisol Salleh yang dianugerahkan Darjah Dato’ Setia Pahlawan (DDSP) yang membawa gelaran Dato’.

 

Sultan Sallehuddin turut berkenan menganugerahkan bintang-bintang dan pingat-pingat kebesaran iaitu Ahli Mahkota Kedah (AMK) kepada 32 penerima, Ahli Setia Pahlawan (ASP) (11 penerima), Bintang Perkhidmatan Cemerlang Kedah (BCK) (52 penerima) dan Ahli Cemerlang Semangat Jerai Kedah (ASK) (20 penerima).

 

Turut berangkat ke istiadat itu Sultanah Kedah, Sultanah Maliha Tengku Ariff, Raja Muda Kedah, Tengku Sarafudin Badlishah dan Raja Puan Muda Kedah, Che Puan Muda Zaheeda Mohamad Ariff.

 

Turut hadir isteri Perdana Menteri Datuk Seru Dr. Wan Azizah Wan Ismail, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor serta barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …