JURURAWAT RUGI HAMPIR RM90,000 ANGKARA SCAMMER

KUANTAN: Seorang jururawat dari Temerloh kerugian RM88,700 selepas dipedaya sindiket jenayah secara dalam talian yang menyamar sebagai pegawai Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) dan polis.

Pemangku Ketua Polis Pahang, Datuk Noor Hisam Nordin, berkata berdasarkan laporan, wanita berusia 41 tahun itu mendakwa menerima panggilan telefon daripada suspek yang menyamar sebagai pegawai NSRC pada pertengahan bulan ini.

Katanya, suspek memaklumkan akaun mangsa dikatakan dalam siasatan polis kerana digunakan oleh sindiket.

“Panggilan itu kemudiannya disambungkan kepada individu yang menyamar sebagai pegawai polis dan dikatakan mangsa turut terbabit dalam aktiviti pengubahan wang haram.

“Untuk menyelesaikan kes, `pegawai polis’ menasihatkan mangsa supaya memindahkan wang ke akaun bank yang diberikan.

“Akibat terlalu takut, mangsa membuat 12 transaksi ke dalam tiga akaun bank berbeza yang keseluruhannya berjumlah RM88,700.

“Siasatan mendapati sumber kewangan itu adalah daripada hasil wang simpanan mangsa dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, Noor Hisam menasihati orang ramai yang menerima panggilan yang meragukan untuk segera membuat semakan dengan pihak polis atau agensi kerajaan berkenaan untuk mengelakkan daripada menjadi mangsa penipuan.

“Masyarakat juga diingatkan supaya membuat semakan nombor akaun dan nombor telefon yang diterima di pautan https://semakmule.rmp. gov.my terlebih dahulu sebelum membuat sebarang transaksi,” katanya.

SUMBER: BERITA HARIAN

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …