XIAMEN AIRLINES SAMBUNG SEMULA PENERBANGAN FUZHOU-KOTA KINABALU

KOTA KINABALU: Syarikat penerbangan Xiamen Airlines menyambung semula operasinya ke negeri ini melalui laluan Fuzhou, China – Kota Kinabalu, bermula hari ini.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Christina Liew, berkata ketibaan penerbangan pertama pesawat syarikat itu ke Kota Kinabalu hari ini membawa seramai 174 penumpang.

Beliau berkata, syarikat itu menyediakan perkhidmatan penerbangan terus ke negeri ini sebanyak tiga kali seminggu yang beroperasi pada setiap Selasa, Khamis dan Ahad.

Katanya, pengembalian laluan penerbangan Fuzhou-Kota Kinabalu menandakan detik penting kesalinghubungan aktiviti pelancongan dan perniagaan di antara Fuzhou dan Kota Kinabalu.

“Ia sekali gus meningkatkan keselesaan pengembaraan dan menggalakkan pertukaran budaya dan ekonomi di antara kedua-dua wilayah.

“Lembaga Pelancongan Sabah (STB) dan Xiamen Airlines bekerjasama menghidupkan semula laluan Fuzhou-Kota Kinabalu ini.

“Laluan udara ini penting dalam mengukuhkan sektor pelancongan kita, menyediakan pintu masuk untuk pelancong China meneroka keindahan semulajadi dan kekayaan budaya Sabah.

“Kita menjangkakan ia bakal memberi impak yang positif terhadap perniagaan dan ekonomi tempatan,” katanya sempena ketibaan pesawat pertama Xiamen Airlines di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA), di sini, hari ini.

Pesawat MF8649 Xiamen Airlines dari Fuzhou ke Kota Kinabalu diraikan ketika tiba di KKIA.

Christina berkata, dengan adanya laluan tambahan itu, Sabah kini menerima 55 penerbangan mingguan dari lapan bandar raya di China iaitu Guangzhou, Shenzhen, Shanghai, Hangzhou, Beijing, Hong Kong, Wuhan dan Fuzhou.

Sementara itu, Xiamen Airlines menyatakan bahawa penyambungan semula laluan Kota Kinabalu-Fuzhou membolehkan syarikat itu meningkatkan penerbangannya dari China ke Malaysia kepada 38 kali seminggu.

Katanya, kekerapan penerbangan itu akan membawa lebih keselesaan bagi pertukaran ekonomi, perdagangan, pelancongan dan budaya di antara kedua-dua negara.

“Tahun 2024 menandakan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik Malaysia-China dan ulang tahun ke-40 penubuhan syarikat penerbangan Xiamen Airlines.

“Xiamen Arlines akan sentiasa menegakkan misi korporatnya iaitu ‘membawa lebih ramai orang untuk meneroka dunia’, kekal dengan niat asalnya, melayan pelanggan dengan ikhlas dan terus menyediakan perkhidmatan berkualiti tinggi dan selamat bagi memenuhi keperluan pengembaraan rakyat kedua-dua negara, meningkatkan komunikasi dan berkhidmat sebagai jambatan persahabatan di antara China dan Malaysia,” katanya.

STB turut merakamkan penghargaannya kepada Xiamen Airlines atas perkongsian dan dedikasi berterusan dalam mengukuhkan hubungan pengembaraan.

 

#MalaysiaMadani
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#MKNSabah

 

Sumber: INFO X

Artikel/Berita Terkini

MELAKA BAKAL JADI HAB TEKNOLOGI JERMAN DI ASIA TENGGARA – AB RAUF

Ayer Keroh – Melaka bersedia menjadi pusat pemindahan teknologi Jerman bagi rantau Asia Tenggara menerusi pembangunan Taman Teknologi Jerman (GTP) …
Maklumat Lanjut

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut