PROGRAM “REMAJA MARANG SIHAT BEBAS DADAH” PERINGKAT DAERAH MARANG

Program Remaja Marang Sihat Bebas Dadah anjuran Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Terengganu dengan kerjasama Agensi AntiDadah Kebangsaan (AADK) Cawangan Marang telah diadakan pada 25 Jun 2024 bertempat di Khaleeda Lodging & Recreation Centre Marang. Program yang bermula pada jam 8.00 pagi hingga 2.30 petang ini melibatkan pelajar-pelajar Tingkatan Enam dari enam buah sekolah di daerah Marang iaitu SMK Tengku Lela Segara, SMK Pengkalan Berangan, SMK Merchang, SMK Agama Durian Guling, SMK Bukit Sawa dan SMK Tun Telanai.

Remaja sering kali dikaitkan dengan isu pelencongan sosial yang boleh mengundang kepada pelakuan negatif dan kegiatan jenayah antaranya ialah penyalahgunaan dadah dan substans, merempit, gengsterisme dan sebagainya. Oleh itu, remaja perlu didedahkan dengan aktiviti-aktiviti yang sihat serta boleh memberi manfaat agar tidak cenderung terlibat dalam aktiviti-aktiviti yang tidak sihat. Maka, dengan sebab inilah program seumpama ini diadakan dengan tujuan memberi pengetahuan kepada peserta tentang bahaya penyalahgunaan dadah dan substans, di samping melahirkan peserta yang aktif dan membentuk sahsiah diri serta disiplin yang tinggi dalam aktiviti yang dilaksanakan.

Semoga program ini memberi manfaat kepada peserta yang terlibat bagi melahirkan remaja Malaysia bebas dadah.

 

Artikel/Berita Terkini

𝐀𝐊𝐓𝐈𝐕𝐈𝐓𝐈 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐀𝐓𝐊𝐔𝐀𝐒𝐀𝐀𝐍 𝐊𝐏𝐃𝐍

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Pemeriksaan Alat …
Maklumat Lanjut

KILANG TEMPATKAN 73 PEKERJA ASING DALAM KONTENA TANPA KELULUSAN

Sebuah kilang di kawasan perindustrian Arab Malaysian Nilai di sini dikesan gagal mematuhi standard penginapan pekerja apabila menempatkan 73 pekerja …
Maklumat Lanjut

𝐀𝐊𝐓𝐈𝐕𝐈𝐓𝐈 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐀𝐓𝐊𝐔𝐀𝐒𝐀𝐀𝐍 𝐊𝐏𝐃𝐍

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Pemeriksaan Bekalan …
Maklumat Lanjut