π“π€πŠπ‹πˆπŒπ€π“ πˆπ’π” π’π„πŒπ€π’π€ : π…πŽπ‘π”πŒ πˆππ…πŽπ‘πŒπ€π“πˆπ… πŒπ€π‹π€π˜π’πˆπ€ πŒπ„ππŽπ‹π€πŠ π„πŠπ’π“π‘π„πŒπˆπ’πŒπ„

KEMAMAN, (26 Jun 2024) -Jabatan Penerangan (JaPen) Negeri Terengganu dengan kerjasama Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Terengganu telah menganjurkan satu taklimat isu semasa berkonsepkan forum informatif di Dewan Sri Suria, Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Kemasik di sini.
Forum informatif bertemakan Malaysia Menolak Ekstremisme ini mengundang dua orang ahli panel bersama untuk membicarakan topik yang menyentuh keadaan negara yang terkesan dengan isu keselamatan melibatkan isu keagamaan yang ekstrem akhir ini. Barisan panel yang hadir mengupas dan memberi input – input yang positif adalah Penolong Pengarah MKN Negeri Terengganu, Puan Nurul Laila Suhaimi dan Pegawai Cawangan Agama dan Kaunseling IPD Kemaman, Ustaz Mohd Johari Othman serta ditemani oleh Encik Mohd Shahrul Nizwanshah Karim sebagai moderator.
Pada program itu,seramai 300 peserta daripada para pelajar dan warga kerja IKBN Kemasik turut bersama di dalam program ini. Turut hadir ialah Penolong Pengarah JaPen Negeri Terengganu, Encik Saharrudin Mohamed mewakili Pengarah JaPen Terengganu bagi merasmikan program pada hari ini.
Jurukamera: Japen Terengganu

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.Β  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR Β KOTA KINABALU: Sindiket β€˜bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …