π„πŠπ’ππ‹πŽπ‘π€π’πˆ πŒπˆππƒπ€ πŠπ„π’π„π‹π€πŒπ€π“π€π 𝐂𝐀𝐁𝐀𝐑 πŒπ„ππ“π€π‹ 𝐃𝐀𝐍 π…πˆπ™πˆπŠπ€π‹ 𝐏𝐄𝐒𝐄𝐑𝐓𝐀

SETIU (24 JUN 2024)– MKN Terengganu pada kali ini melaksanakan program Bicara Eksekutif dengan pendekatan yang berbeza iaitu berkonsepkan ekplorasi. Program Bicara Eksekutif 2024 : Eksplorasi Minda Keselamatan anjuran Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Terengganu yang diadakan di Peladang Setiu Agro Resort di sini hari ini mencabar mental dan fizikal peserta yang menyertai acara itu.
Program yang dianjurkan dengan kerjasama Jabatan Penerangan (JaPen) Negeri Terengganu itu berjaya mewujudkan semangat kekitaan dikalangan peserta yang terbabit selain dapat memberi pendedahan mengenai peranan MKN dalam pengurusan keselamatan negara.
Pada program itu, seramai 60 peserta serta 10 orang urusetia daripada pelbagai jabatan dan agensi kerajaan persekutuan dan negeri termasuk wakil dari Tenaga Nasional Berhad dan Petronas. Program dibahagikan kepada dua sesi iaitu sesi ceramah keselamatan yang disampaikan oleh dua penceramah, Penolong Pengarah MKN Negeri Terengganu, Puan Nurul Laila Suhaimi dan Encik Mohd Shahrul Nizwanshah Karim. Pada sesi kedua, peserta dibahagikan kepada sepuluh kumpulan untuk menyertai acara eksplorasi bagi menguji mental dan fizikal mereka. Pelbagai cabaran perlu ditempuhi peserta serta perlu mengasah minda untuk menjawab soalan berkaitan keselamatan hasil dari taklimat pada sesi pertama sebelum ini.
Majlis penutup disempurnakan oleh Pengarah MKN Negeri Terengganu, Wan Suhaini Wan Mohamad.
Turut hadir ialah Penolong Pengarah JaPen Negeri Terengganu, Encik Mohd Othman Abu Bakar.
Jurukamera: Japen Negeri Terengganu

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.Β  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR Β KOTA KINABALU: Sindiket β€˜bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …